Saturday, March 5, 2011

Stadium Terpelik Di Dunia

Nak citer la sket,pasal stadium2 yang pelik, yang telah wujud lama kat atas muka bumi ni. Bukan Stadium Highbury (stadium Arsenal yang lama) je yang pelik sebab dah jadi apartment sekarang. Ada yang lagi pelik.


1. Ukraine

Stadium ni kat Ukraine. Maybe sebab tak cukup tanah, lereng bukit pun jadi la. Aku pun tak tau la diorang pakai bola yang bulat,atau yang petak. Sorang player profesional yang pernah main kat padang tu ada bagitau "sejak main bola kat padang tu, skill gelek saya semakin hebat. Sakit kat pinggang terus hilang. Saya bersyukur sebab pernah main kat padang tersebut" menurut beliau yang kini dipanggil dengan nama Andriy Shevchenko oleh mak bapak beliau.


2. Stadium Osaka,Jepun

Yang ni plak, kat Jepun. Stadium ni dah takde orang guna dah. Sebab semua yang terer2 tak nak main bola kat padang ni,rumput tak lembut katanya. Digunakan untuk player2 baseball mengasah bat diorang lepas tu. Then,baru dijadikan rumah macam dalam gambar tu. Jepun ni memang tak suka membazir, ada je idea diorang. Sekarang ni, stadium tu dah tak rupa stadium sebab dah roboh. Diorang buat shopping complex lak. Ala2 mid valley plak tu.


3. Marina Bay, Singapura

Kat Malaysia, masjid atas air. Kat Singapore lak, padang atas air. Disebabkan miskin dengan tanah, terpaksa la guna air. Time main, akan rasa ombak2 air kat padang tu. Patut la body balance player Singapore tinggi belaka. Diorang guna cara ni rupanya. Dengar kata, rumput tu pun pakai plastik je, takyah siram.


4. The Faroe Island

Haa,aku suka yang ni. Stadium dia memang best. Terletak kat Kepulauan Faroe. Kalau ada yang nak pergi stadium ni, better naik bot la,lalu ikut laut. Yang paling best, main bola tak berpeluh. Sebab angin dari laut dah macam aircond dah. Kalau korang nak tau, ni la stadium utama diorang. Bila ada match je, mesti ada budak Milo yang naik bot kat tepi2 tu, sebab nak kutip bola yang jatuh dalam laut (apsal tak buat pagar tinggi2 je,mangkok betol).


5. Croatia Gospin Dolac

Yang satu ni,kat Croatia. Kalau korang tengok sebelah stadium tu pun, dah seram dah. Tasik tu kedalaman dia adalah 500m punya dalam. Kalau bola jatuh dalam tu, biar je la, sape nak amek. Dibina pada tahun 1989, struktur memang klasik.


6. Caracas,Venezuela

Nama Cocodrilos Stadium. Terletak kat Venezuela. Sebuah stadium pelbagai guna, boleh buat main bola, makcik2 yang nak berpoco2, ataupun polis letak khemah kat situ, buat speed trap sebab padang tu sebelah highway. Stadium untuk team Caracas FC. Ber'Carak' Highway la diorang.


7. Braga,Portugal

Antara stadium yang termahal dan terpelik kat Portugal. Kos nak pecah dan pindahkan batu-batu keras tu pun dah telan $122 juta. Dikategorikan sebagai sebuah stadium 'natural' dan tercantik, semua player2 yang main bola kat stadium ni dipercayai boleh menjadi macam Cristiano Ronaldo walaupun dia main bangang macam seorang pemain golf.


8. Mmabatho Stadium, South Africa

Kalau korang perhatikan betul2, seat penonton dia memang smart. Kreatif dan jimat ruang. Stadium ni pelbagai guna punya. Pelbagai camne? Kalau yang minat X-Games, boleh bawak beskal BMX or skateboard, naik atas seat penonton yang kat atas tu, pastu terjun ar. Tiang penghadang dia pun banyak, boleh main seret2 sampai terseret ape2 yang patut kat tiang tu. Stadium ni kat Afrika Selatan. Tapi, tak nampak pun masa World Cup hari tu?



9. FC Aalesund, Norway

Stadium kat Norway, ni betul2 'natural' punye stadium. Datok Bandar dia kata "tak payah buat seat, nanti last2 diorang cabut, bakar sampai hangus lak tu. Susah2, duduk je atas tanah, cabut rumput". Stadium ni digunakan juga sebagai match2 dalam Liga Perdana Perempuan Norway.



10. Bulgaria

Pada satu hari, seorang kanak pernah berkata "ni stadium ke? stadium sekolah aku lagi cantek. 1 hari nanti aku nak main stadium cantek2 macam Old Trafford ke, White Hart Lane ke". Dan akhirnya, budak tersebut telah berjaya bermain dengan bebalnya di Man U. Beliau adalah Dimitar Berbatov. Stadium yang dikatakan tersebut berdekatan dengan halaman kampungnya, dan stadium rasmi untuk Bulgaria FC Chernomorets Balchik football club (tah hape2 nama).


Kredit kepada yulanwar untuk info

Korang boleh tengok banyak lagi benda pelik kat sini, selain stadium.


p/s : Johor FC kalah 0-1 dengan Kelantan. Walaupun dah agak, tapi aku still down =.='. Tapi, Johor menang dengan Harimau Muda A 2-1 dalam Piala FA, ok la tu.

3 comments:

say- O said...

pergh~~style!! sungguh informatif!

HBO said...

takde keje aku doe..nk taip tesis pn xde idea,adei... =.='

hiruma89 said...

trbaek bai