Wednesday, March 2, 2011

BIG FOUR??

Hari ni, nak cerita biasa2 sket pasal Big Four yang selalu je, takde muka lain masuk Champions League mewakili England.




ARSENAL





Van Persie sah injured sebab dia buat gol cantek sangat hari tu, terus ankle sprain. Minimum 3 minggu dan maksimum 6 minggu untuk dia pulih sepenuhnya. Takde van Persie, Arsenal boleh hidup tak? Itu yang kita tak tau tu.


"Adei2, sakit kaki pulok"


"Ah,sudah. Takleh main 6 minggu pulak dah"

Secara jujur dari hati yang luhur ni la, aku tak tau The Professor aka Wenger ni bijak or pandai. Atau pun vision dari mata dia tu tak sama sudut dengan kita orang biasa ni. Pendek cerita, van Persie dah takde. Makanya, pengganti van Persie sama ada Bendtner atau Chamakh yang aku gelar 'CiBai Duo'. Sebab apa? Dua-dua berat bontot. Tapi, Bendtner boleh pakai lagi, cuma dia malas. Dia tak boleh buat gol dua-dua kaki macam van Persie. Tak boleh..tak boleh.. Kadang2,bila sampai seru je, baru dia main dengan bagus.

Player yang Wenger hantar loan kat West Brom, Carlos Vela al Picanto, dah buat 2 gol untuk West Brom. Satu lawan Wolves, dan satu lagi lawan Stoke. Dua2 gol adalah gol penyelamat untuk West Brom dari kalah, dan dua2 gol dia sumbat lepas dia dimasukkan minit 73 dan 83. Vela adalah Super-Sub yang sangat superb. Mengikut keadaan semasa, Walcott injured, mean maybe Bendtner prefer diletak sebagai Wing Forward kanan dan Chamakh sebagai Centre Forward. Arshavin of kos la sebelah kiri. Fabregas pun injured. So, terpaksa letak Nasri main tengah, takleh main Wing sebab Rosicky takleh pakai,dah ganyut!! So, kalau ada Vela, takdela Wenger pening kepala sekarang ni.

Bagi aku la, daripada dia bagi loan Vela, baik dia jual Bendtner, dan beli sorang player defend macam David Luiz. Jangan main sebat ikut cakap Scout kelab. Bukan boleh pakai cakap diorang. Mengikut rekod, Vela lebih perform daripada Bendtner (aku panggil bebal je la ye) sebab diorang ni sama2 panaskan bangku simpanan. Tapi, Vela lebih cool dan tak pressure macam Bebal, dan yang penting, lebih ISTIQAMAH!! Memang Bendtner bagus,tapi ADA MASA!!


Sepak kaki biasa, kiri punya shoot.


Boring guna kiri, pakai kanan pulak

Keeper 3rd, Sczcesny dah ok dah. Rileks, pandai baca bola. Tapi bila defender BANGANG, ko letak Casillas pun, dia cuak gak. Rasa macam lama je 90 minit tu.

Dah,tu je untuk Arsenal.


CHELSEA




Hmm,Chelsea ye...camne nak cakap ye.. Aku rasa player2 dia ada masalah dengan moraliti diorang la.. 2 orang player dah faymes free sebab skandal. Sekarang ni, Ashley Cole pulak bermasalah sebab 'ter'tembak seorang studen yang tengah buat latihan indsutri kat tempat training Chelsea. Apa kes? Teringat masa Drogba kemarau gol. Then, dia pun cakap, "saya rasa dah takde semangat nak main bola. Saya rasa sedih. Saya teringat nenek saya yang dah lama takde". Apa kes lagi?


"Waaa,nak nenekk..nak nenekkk!!!" meraung Si Drog-Ba


Season ni, Chelsea nampak jatuh, dan peluang diorang nak kekalkan title EPL macam season lepas, macam susah. Tup2,malam tadi menang dengan Man U. Even gol kemenangan tu gol penalti, tapi peduli apa,betul tak? Macam member aku cakap,"janji menang,ada aku kisah penalti ke tak??". Maybe, Torres lambat panas sket dengan Chelsea, sebab King 'Mafia' Carlo adalah Italian, dia plak Spanish. Tak macam masa kat Liverpool dulu. Rafa memang Spanish. So,kalau lepak kat mapley minum beer tu, faham la jugak coach cakap apa, baru la mesra. Tak kenal maka tak cinta kan. Peluang Chelsea still ada even Manchester City nampaknya makin rapat dengan title dan makin kuat.

Di awal perkenalan Torres dan King Mafia. Masa ni masing2 tak faham bahasa lagi. Kurang mesra

Dengan wujudnya seorang star berharga 50juta dan seorang lagi star berambut kembang iaitu Luiz, yang memang cemerlang dalam game Man U semalam, Chelsea maybe boleh habiskan baki game EPL dengan menang, menang dan menang. Player Chelsea pun jarang injured, tak macam player Arsenal yang tidak sudah2 dengan player injured. So, aku tak berapa nampak masalah diorang, kecuali masalah moral yang macam haram. Ada masa, semua player Chelsea memang bersemangat. Ada masa, macam budak sekolah Convent main bola. Semua layu je. Tu je masalah Chelsea. Nampaknya, King Mafia kena cari jalan lain, supaya player2 Chelsea tak fikir benda lain masa tengah main bola. Salomon Kalou yang terer tu jugak yang baik,ishk2.


Terry yang gatal : Bukak seluar dia..hihi..bukak seluar
Ashley Cole : Ishk,ni yang aku suka ni (sambil tangan dah meraba)
Kalou : Jangan la..jangan la..malu I..


LIVERPOOL




Aku bukan fan liverpool, tapi apa yang aku suka dengan Liverpool? Fan diorang. Yup, fan Liverpool memang faymes dengan kefanatikan diorang. Kalah, menang, gembira, sedih, diorang masih lagi bersatu, dan terus menyokong Liverpool walaupun Liverpool pernah menduduki tangga ke-12 EPL. 12? Ala,rilek la. Kecik punya hal la kan. Bila King Kenny masuk menggantikan Uncle Roy yang nyanyuk2 ayam sket, dia macam pepatah mat saleh,"Eh,ada cahaya la kat hujung lorong sana tu".


Kenny muda yang kacak


Carrol yang tinggi lampai macam Zigic The Hulk, pastu sekor arnab kacak, baka baik punya dari Paraguay yang diberi nama Suarez, Liverpool boleh dapat tempat dalam Big Four season ni. Dengan tactical yang memang pelik tapi best dari King Kenny, dengan moral Gerrard dah balik dari kampung, respek fan kepada team dan manager, memang tak mustahil lah.


Kenny tua dah tak kacak dengan Carroll Si Lampai dan SuArnabez


"Yenuwaa!! Yenuwaa!!"

Masalah Uncle Roy yang dulu, dia tak pandai letak player pada posisi yang betul. Ada ke Reina dia suruh jadi striker? Nak mampos ke apa? Terus Reina takde mood nak main. Tu yang bolos je memanjang. Dah tu, dia suruhyne defender bagi long ball kat Kuyt aka Kunyit. Kunyit tu dah la ala2 kerdil untuk seorang Dutchmen. Tapi, nasib baik King Kenny ada tau. Seorang legenda Liverpool je yang faham macamane Liverpool main. "Biar kalah, asal bermaruah" kata King Kenny. Dengan Meireles yang dah berada posisi yang betul. Dengan Suarez yang asyik kena tiang je, sebab lawan Man U nanti baru dia buat gol betul2. Dan kemungkinan Carroll akan main jugak, PERFECT!! Agger yang keras kepala pun boleh respek King Kenny,AWESOME!! Carragher dah tua,tapi masih kental,GILA HEBAT!!


"Arghh,susahnye nak amek bola atas. Dah la kaki pendek"

Sebuah kelab suci lagi menyucikan. Menyokong Liverpool adalah harus mengikut ahli ilmuwan bola. YNWA Liverpool.


MANCHESTER UNITED




"Kalah malam tadi? Nak open race title" kata2 cool dari seorang fan Man U yang cool walaupun di dalam hati sedang membara. Apa masalahnya dengan Man U ni? Bagi aku, walaupun aku bukan fan Man U, tapi bila team faveret lawan dengan Man U, for sure instinct aku mengatakan Man U akan menang, kecuali Barca dengan Real Madrid la kot. Aku rasa team ni macam dah perfect dah. Macam takde apa yang kurang. Tapi, tu la yang menariknya pasal bola. Sebab tu la tengok bola ni best. Banyak benda2 yang diluar jangkaan boleh berlaku. Kadang2, team no 1 macam Man U pun, boleh kalah dengan team no 20. Macam kelakar la plak.

Walaupun dah banyak kali cakap, tapi nak ingatkan je la. Ferguson dah pegang jawatan sebagai manager di Man U, lebih kurang 25 tahun masuk tahun ni. So, padang kat Old Trafford, staff2 sampaikan mak cik cleaner pun dia kenal. Padang part mana yang ada lekuk, part mana yang tanahnya tak rata, part mana yang air bertakung, semua dalam kepala dia. Tapi, dia panas baran gak. Bila team dia dah ketinggalan ataupun kena ayam, Atok Ferguson ni akan kunyah chewing gum laju2, sambil muka merah nak meletop.

Warning! Warning! Tahap Merah! Tahap Merah!


Player2 semua tip-top. Rooney dengan gaji mahal nak mampos, seminggu je dia dah boleh beli 10 biji proton saga kat Malaysia. Tapi, ada player yang kejap bagus, kejap bebal macam Bebal-Tov. Ada musim, tak cukup 1 gol. Ada hari, kemarau gol. Tapi,dengan defender yang memang meyakinkan bagi aku, seri 0-0 pun ok daripada kalah.

Hujung minggu ni, lawan Liverpool. Dengan Vidic yang kena kad merah, Andy Carroll dah boleh main untuk Liverpool, lagi2 pulak main kat Anfield, tiba2 aku terasa Man U menjadi lemah, di atas kertas, mahupun di atas padang. Tapi, ni EPL la bro, apa2 boleh jadi.

Kelebihan Man U yang aku suka, iaitu semangat diorang. Kalau diorang ketinggalan 1 gol, ataupun tengah seri 0-0 ke,4-4 ke, diorang tak putus asa mencari gol even sampai last minit. Kalau Van der Sar boleh menyerang, dia suruh jugak Van der Sar join attack sekali. Kalau diorang leading dengan 1 gol, diorang akan defend bermati-matian sehingga mati akal opponent nak buat gol.

Lagi satu kelebihan diorang, kadang2 semua orang macam takut je dengan Man U. Sampaikan Rooney secara terang-terangan siku midfielder Wigan, McCarthy. Sampai pemilik Wigan iaitu Whelan terang-terang cakap yang FA England takut dengan Man U. Sampai tahap camtu sekali powernya Man U ni.


"Amek ko siku" Rooney yang jahat cakap2


Ref : Eh,saya tak nampak la awak buat ape.
Rooney : Tak buat ape2 pun ref. Practice wrestling je tadi



p/s : Big Four season ni pun tak tau still sama macam dulu2,atau akan berubah. Kadang2, boring gak kalau Big Four asyik yang sama je.

5 comments:

AiSy_NaDiAz said...

liv bkn big 4 dh skrg...

Nazrin Saad said...

kalau nak masukkan liverpool, rasanya tajuk entri ni kena tukar pada BIG 6.

atau,

adakah ini entri parodi yang menganjeng status liverpool sekarang?

HBO said...

Haa,sebab tu ade tanda "BIG FOUR??" kat tajuk entri ni. Disebabkan status Big Four utk Liverpool still ragu2 lg. *tgh tunggu bile Liverpool blh jd Big Four blik*

Nazrin Saad said...

tunggu mapley2 kat fariz jadi putih.

hahahaha.

HBO said...

hahaha. suh diorang pkai tepung gomak dlu :D