Tuesday, February 1, 2011

Kerana Bukan di Kawasan Hotspot

Aku tidak mampu meng-update setangkas di kala menetap di ukm. Gara-gara perlu menunggu broadband abah aku sampai pada waktu malam selari dengan kepulangan tuannya, maka lambatlah update kali ini.

Maaf, jangan lah marah. Elly Tran Ha pun ada kata kat aku tau tadi, sabar tu sebahagian daripada iman. Cool ok?

Baiklah, mari kita ke tujuan sebenar. Sabtu lepas ada 3 match yang boleh tahan best. Selangor vs Kelantan, Everton vs Chelsea dan semestinya Jepun vs Australia.

1. Selangor vs Kelantan.

Ini tak silap aku lawan untuk Piala Sumbangsih a.k.a Charity Shield. Jadi match pembuka season Liga Super. Match dia? Memang super. Kelantan menang 2-0. Selangor for all their hype and glamour, once again failed to rise to occasion. Yang rise-nya hanyalah skuad Kelantan. Memang power defend Kelantan. Walaupun gol hanya dari dead ball (penalti dan satu free kick), Kelate meme power! Safee Sali mungkin mahu pindah ke liga Indon lepas ni?

Semalam juga (hari Selasa) difahamkan pihak Konami membatalkan perjanjian dengan Safee Sali untuk mengunakan beliau sebagai cover model bagi PES 2012. Difahamkan Konami akan mengambil Khairul Fahmi pula sebagai pengganti.

Mungkin lebih sesuai untuk Mangga?


2.Everton vs Chelsea

Match FA Cup ni aku tengok dari minit 70 sampai habis je. Memang celaka. Chelsea main cam taik, pastu sekali counter terus gol sebijik. Seri satu sama sampai habis. Damn lucky. Kesian kat Moyes, muka dah macam buasir pecah je bila Kalou skor.

Memang harapan ah nak menang bila rematch kat Stamford Bridge nanti. Dengan ada abe Torres the Mercenary lagi, camne nak menang ye dok?

Hi mate. I am Torres and I'm a mercenary.

3. Australia vs Japan.

Ni match paling best malam ni. Asia untuk Asia. Asia is the future (kata propaganda AFC). Selaku orang Asia, aku menyokong penuh pasukan The Blue Samurai. Australian are not Asian. Diorang masuk Asia sebab nak compete je. Plus dengan sejarah white man yang anggap Asian sebagai lower class human (orang jepun diorang label sebagai Yelow Monkeys), maka aku menjerit2 Nippon!!NIppon!!! sepanjang perlawanan.

Hasilnya, Jepun menang 1-0 dengan gol super bergaya-ala-Steven Gerrard-waktu- final-FA Cup- 2006- yang- gila- babi- power- volley daripada Tanada Lee.. Walaupun diasak berkali2 oleh Aussies, brader2 Jepang tetap bertahan. Yang penting composed and relax..

Oh ya, Jepun main macam Arsenal versi tak cukup RAM. Aussies main macam Bolton. So, korang boleh figure out sendiri ah kan? Rasanya, ramai kot player Jepun yang fan ARTsenal? Kompem ARTsenal Wenger renyih kambing sepanjang tengok match ni.

Pakcik syok sebab sampai Jepun pengaruh pakcik. Hahahaha.

Selain itu, didapati juga faktor luaran kenapa Jepun boleh menang. Sumber mengatakan bahawa malam sebelum match, pak -guard pak- guard Arab seperti terlihat kelibat Ninja2 di sekitar bilik penginapan Aussies ni. Dan sepanjang malam tu, kedengaran bunyi2 kurang enak di setiap bilik Aussies sekalian.

Akhirnya, pada esoknya selepas mereka checkout para makcik2 cleaner menjumpai benda2 macam ini kat bilik2 Aussies sekalian.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Hahaha..patutla Aussies semua lembik..Senjata paling mesum dari Nippon.







*gambar torres dari sokernet.

2 comments:

Shaofie said...

blog lucah wehhhhhhhhh!!! warning dari blogger nih...

say- O said...

loh...tak bogel pun!!!
hehehe