Tuesday, March 8, 2011

Liverpool 3- Manchester United 1



Inilah derby yang paling dinantikan. Inilah match yang paling ditunggu2 oleh seluruh umat Liverpool sedunia. Liverpool vs Manchester United. Match paling panas dan padu di dunia ini. Buktinya? Fareez Maju dah penuh even awal sejam lagi. Match big four lain ada macam tu?

Ok, straight to the match. Lineup Liverpool adalah macam biasa. Tiada yang surprising mana pun. Injured players memang ada macam Agger (my favourite centre back in EPL) tapi tu je lah. Bagi pihak Unuited pulak, rasanya lagi banyak kot. Sudah lama tak nampak Park dan Valencia. Dan yang paling penting, Ferdinand dan Vidic tak main haritu. Ganti dengan Smalling dan Wes Brown.

Patutla fan United tak banyak bersuara dan tak ramai berjersey malam tu, dah dapat predict kot result dia.

Overall match, both teams are quite cautious but still attacking. Liverpool nampak lebih bijak menyerang dan mencuba berbanding United. Kesemua gol Liverpool dijaringkan oleh Dirk Kuyt- Si Jantung 3 Liverpool. Dan kesemua gol itu hasil kebijaksanaan Luis Suarez Si Arnab Riang Liverpool. Seriously guys, kalau defend United (walaupun 2 subs, tapi still it's United kan?) pun dia boleh buli apatah lagi team lain. Nampak dah sinar harapan striker lejen.

Lucas dan Meirelles memang own the middle park ar..Scholes dengan Carrick tak boley nak stop pun diorang dua ni. Especially Lucas, u should be proud of yourself boy. Makin hari makin mantap. Gerrard dan Maxi memberi support yang secukupnya, walaupun Gerrard jelas sekali off form. Kuyt, as hardworking as ever.

Ok United pulak. Aku cuba tak bias ni!!!

Defend United? Seriously goyang dan banyak lubang. Sangat jelas tambah2 lagi awal 20 minit permainan. Jelas sekali mereka merindui Ferdinand dan Vidic. Bahagian tengah, rasanya mereka merindui Fletcher pulak. Aku tak kenal sangat gameplay dia tapi kononnya dia sama course dengan Lucas- Ijazah Sarjanamuda Penghancur Gameplay Lawan. So aku agak hairan kenapa Ferguson tak bagi dia mula. Giggs dan Scholes adalah attack minded, so bila defence memang agak kurang efektif. Takda balance, bak kata Benitez.

Rooney? Rooney who?Nani sebelum dia menangis tu memang dangerous as ever.

Nani. Kes Nani. Rasanya ramai dah tahu. High tackle, a proper should be red. Tapi reff bagi kuning je, mungkin sebab dia tak nak spoilkan game ini. Oh jangan melenting Rafael pun layak dapat red jugak lepas tu. Tapi main point dia, kenapa perlu buat slot Bersamamu di atas padang wahai Nani? Ok aku memang tak pernah kena tackle macam tu tapi ramai je yang patah kaki TAK NANGIS pun macam si adik Ramsey dulu. Carragher dislocated shoulder, bangun dan jalan sendiri ke tepi padang dengan muka ketat. Terry kena penerajang kat kepala takda riau pun. Even ada satu gambar tu player rugby kena gigit telinga muka cool je.

Nani..siap boleh buat drama lagi. Jatuh, guling2, bangun kejar reff, jatuh dan nangis. Aduhai Nani...even fan United senyap tak kata apa. Diorang pun setuju dalam hati sebenarnya.

Dan apa yang buatkan ramai gila umat kelab lain rasa kurang respek pada United adalah..?
Ferguson dan kroni2nya takda sekor pun yang ada telur untuk bagi post match conference. Samseng sungguh ye Ferguson ni. Walaupun aku macam boleh agak apa yang Fergie akan kata kalau dia cakap, tapi at least nak dengar jugak la kan. Fan United lagi lah. Kan Suhaimi Suib?hehehehe.

Camnilah, sebagai penamat korang layanlah sedikit artwork yang dikutip dari EOTK.




YNWA!!

No comments: