Sunday, February 27, 2011

Wenger Julang Piala atau Sepak Botol??

Yarghhh,Johor FC seri 0-0 dengan The Red Giants aka Selangor. Kenapa aku happy? Sebab bukan senang nak seri dengan Selangor hatta kat tempat sendiri pun. JADI,malam ni adalah malam yang sesuai untuk menjadi seorang yang optimistik, NOTHING IS IMPOSSIBLE.




Okay,mukadimah je. Malam ni,FINAL Carling Cup, Arsenal vs Birmingham City di Stadium Wembley. Mengikut jadual semasa, Arsenal no 2 dan Birmingham City no 16 dalam EPL buat masa ni. Kalau mengikut statistik semasa, dan player2 yang dibaringkan di atas kertas, Arsenal boleh menang Carling Cup malam ni. Lagi2 pulak last game Arsenal telah bantai tanpa belas kasihan Birmingham 3-0 di stadium Birmingham sendiri. Tapi ni EPL la bro. Sedangkan team no 20 boleh bantai 2-1 team no 1, ni kan 16 dengan 2,takde hal lah.

Arsenal banyak masalah,memang banyak masalah. Pakai keeper no 3 je, sebab keeper no 1 bebal dan keeper no 2 bahu tercabut. Tapi,dengan performance keeper tu masa lawan Barca dan Stoke, maybe takde hal la jadi keeper untuk final malam ni.

Muka rilek beb (atau muka nerd??)

Fabregas dengan masalah hamstring yang tak sudah2 menyebabkan dia terpaksa keluar padang sambil pegang peha (macam dalam PES) sambil kepala tunduk ke bawah mengenangkan nasib yang tak baik2. Tu la,time warming up, tak nak stretching betul2, camne tak hamstring je keje. Tapi dia merayu kat Wenger untuk main gak malam ni (pastu menyusahkan orang lain,DAMN!!)


...sob2....mak,tak dapat main bola....

So, van Persie akan ambil alih tugas sebagai kapten. Tapi,pada pendapat aku la, van Persie lebih layak pegang kapten daripada Fabregas. Dia lebih tua, then mental dia lebih kuat. Player Arsenal yang lain akan mudah down even baru ketinggalan 1-0. Tapi untuk van Persie, selagi tak cukup 90 minit, peluang still ada. Tak macam gandingan strike C dan B aka CiBai iaitu Chamakh dan Bendtner yang berat pinggulnya dan lari macam budak sekolah tadika.

tepuk tangan utk aku sebab dapat jadi captain

Tapi,jangan risau, Arsenal still ada protege Fabregas iaitu Adik Jack Wilshere. Perform masa game lawan Barca, dan Arsenal tak perlu risau kalau Fabregas blah pegi Barca sebab Ramsey dah tunggu turn nak amek alih tempat Fab. Nasri dan Arshavin boleh memainkan peranan penting malam ni, lepas sorang player-asyik-injured Arsenal iaitu Walcott kena tackle, terus sakit-kaki-takleh-main malam ni.


alololo,comelnye die minum susu dalam botol besa

Okay,cukup dengan Arsenal. Kita tengok lak team Birmingham. Birmingham mempunyai manager iaitu McLeish, yang pandai. Even kalah 3-0 dengan Arsenal kat tempat sendiri, maybe dia takde luck masa tu. Tapi season lepas, McLeish ni memang terer. Bila main kat tempat sendiri, kelab2 besar macam Man U susah nak menang. Seri pun kira bertuah. So, malam ni maybe dia ada cara sendiri camne nak menang dengan Arsenal. Maybe suh sorang player dia tackle van Persie sampai patah kaki kot?? Sama macam sorang player Birmingham tackle kaki Eduardo sampai jadi bentuk 'L'.


AMARAN!! GAMBAR INI ADALAH UNTUK TONTONAN 35TAHUN KEATAS SAHAJA


AMARAN!! SAMA JUGAK DENGAN GAMBAR NI

Birmingham ada 2 orang ex-player Arsenal. Larsson dan Hleb. Larsson bermain dengan Arsenal selama 5 tahun ketika masa remaja-dan-belum-mumaiz dia. Dia mengaku yang dia sayangkan Arsenal lagi, sebab Arsenal yang bertanggungjawab menjadikan dia player pro pada hari ni,tapi tu semua sejarah. Sorang lagi, Si Mangkok Hleb yang bongkak, kononnya terer dan berpaling tadah kepada Arsenal dengan meng'join'kan diri ke Barca, dan akhirnya panaskan bangku simpanan Barca je. Dia pernah buat statement mengatakan dia menyesal keluar dari Arsenal. Kini dipinjamkan ke Birmingham oleh Barca. Tapi,keadaan dia 50-50 untuk main malam ni disebabkan dalam keadaan minor injury gak.


Hleb Si Bongkak-Nak-Mampos

Striker Birmingham, Jerome dan Zigic tu pun bahaya gak. Jerome dengan ala2 drogba kalau tengok skill permainan dia ni. Dapat peluang je, memang dia hayun kaki dia. Silap2 boleh gol walaupun hayun sambil tutup mata. Dengan Larsson yang skillful dan ART, maybe banyak kali Jerome boleh hayun kaki dia.Zigic pulak,memang tinggi sampaikan McLeish suruh dia belajar dengan Crouch macamane nak jadikan kelampaian beliau sebagai satu anjakan paradigma di atas padang.

Cameron 'Jarum' Jerome

Nikola Zigic

Player-player Birmingham pun agak bersemangat sebab dah lama tak pergi final. So,ni la peluang diorang untuk menang di samping Arsenal pun terdesak tak pegang apa2 trofi selama 6 tahun. Player Arsenal ketika last mereka menang trofi adalah van Persie dan Fabregas. Fabregas dah injured, tinggal la van Persie dengan mentaliti kemenangan sorang2..

Nak kata mental Arsenal lemah, memang ye la kot. Lawan Newcastle, dah leading 4-0. Disebabkan mentaliti yakin akan menang menyebabkan Newcastle kejar jadi 4-4. Even dalam PES pun,mentaliti diorang lemah. Masa aku main PES 2011 dengan Enche' One-Third, aku pakai Birmingham dan Enche' One-Third pakai Arsenal. Arsenal dah leading 2-0, tapi Birmingham boleh kejar balik 2-2 *sigh*....

Ape2 pun,good luck untuk kedua-dua team malam ni. Enjoy the game (hope game akan best dengan ART-senal).

p/s : Sori untuk gambar tontonan 35 tahun ke atas. Memang seram.

No comments: