Friday, February 25, 2011

Klinik PES 2011- Asas Kawalan Bola

Hey~

Sorry, kali ini cikgu emo sket. Minggu lepas ada meeting bulanan antara semua tenaga pengajar. Pastu dalam meeting tu ada penilaian refleksi terhadap performance setiap cikgu. Korang agak apa cikgu kena? Cikgu kena marah sebab kelas cikgu ni ajar slow sangat. Damn.

So, kalau macam tu, cikgu nak ajar laju2.

Ikut pada tajuk atas itu, cikgu nak ajar asas kawalan bola. Diam. Jangan nak komplen kata senang. Apa korang ingat ball controll ni senang ke ha? Damn you if you think so. Kalau betul la senang, maka David Ngog memang dah skor banyak gila babi ah. Takde ah stop ball 2 meter ke depan.

Ok, mula dengan dribbling and ball controlling. Macam dalam gambar ni.


Semua arahan pulak berdasarkan gambar joystick teragung bawah ini. L1 dan R1 adalah button atas yang depan dulu, L2 dan R2 adalah yang button atas belakang.

Bila bawak bola, macam dalam real life jugak. Ada masa pecut, ada masa slow. Tu semua kamu semua tau kan? Button pecut tau kan? Ok. Button untuk lain2? Camni.

1. Slow!!
Sila tekan button direction yang korang nak serentak dengan R2. Insyaallah, player tu akan berjalan sambil membawa bola. Advantage bawak slow ni? Banyak. First, nak psycho opponent. Then, untuk estimate situation. Dan penting sekali!! Nak tunggu teammate naik atas. Ini amat essential dalam gerakan one-two pass.

2. Gelecek pelan2 a.k.a Zidan punya style.
Tak paham? Pi Youtube Zidane punya video. Dalam tu kamu boleh tengok Zidane punya dribble n ball control. Most of it he done it in cool and calmness. Button dia? Macam button slow atas tadi tapi plus dengan kawalan mantap ke atas directional button. Ini memang experience je yang boleh ajar. Cakap je susah.

3. Menggelecek ala Walcott a.k.a Long Kicking Run
Senang sungguh. Guna button sprint (directional button + R1) TETAPI button R1 tu kena tap secara laju dan berkali-kali sampai kamu puas.

4. Membelok Laju Secara Tiba2 macam Ronaldo buat.
Lagi la senang. Guna button sprint (directional button + R1) TETAPI tekan button L1 bila masa kamu mahu belok -laju- bola-pun-pi- jauh.

5. Stop Ball Secara Mengejut.
Sumpah senang. Tak kira tengah pecut ke, tengah jalan je ke. Bila nak stop, lepaskan segala button yang ada dan hanya press button R2. Senang kan?

Apapun, semua basics di atas tu perlukan latihan yang banyak dan joystick yang tip-top untuk kamu kuasai. Macam sukan real life juga, sports is all about practice.

Ada paham? Kalau tak paham, sila ajukan soalan di ruangan komen. Untuk kelas seterusnya, cikgu mau ajar passing pulak.





2 comments:

HBO said...

bang,sy nk tny sket la.. camne ye kite nak buat 'OLE' opponent. ala,mcm 5ringgit tu haa. soklan ke-2,camne nak sepak keeper,mcm player pakistan buat tu?

say- O said...

ole tu tak penah lagi cikgu nampak ada orang buat. cuba la buat sendiri, hahaha.

nak sepak keeper, tak boley. tapi nak sepak opponent yang pegang joystick, memang boley sokmo.