Sunday, February 6, 2011

Pra- tonton awal: Chelsea vs Liverpool

(lagu pembukaan dulu)
Klasik~~nasional..klasik~~nasional..segalanya di sini..menggamit memori~~
Klasik nasional~~~~~~~~

Teet. teeettt.

Sari berita utama.

Malam ini hari Ahad bertarikh 6 February akan berlangsungnya perlawanan sengit Liga Perdana Inggeris antara kelab ex- Big Four berdua iaitu Chelsea melawan Liverpool di stadium keramat Chelsea iaitu Stamford Bridge.

Perlawanan ini adalah satu2nya perlawanan minggu ini yang sangat diambil berat oleh segenap umat manusia seluruh alam gara2 berlakunya kontroversi dan ketidakpuasan hati oleh peminat Liverpool terhadap peristiwa perpindahan Fernando Torres pemain bintang mereka sebelumnya.

Ini gara2 sikap kurang hajar Fernando Torres yang pergi meninggalkan pasukan Liverpool yang membuatkan ahli lembaga Liverpool berada dalam keadaan diludah mati bapa ditelan mati emak. Harga yang diletakkan tinggi, dan Torres sendiri mahukan keluar. Akhirnya, Liverpool melihat ke masa depan. Mereka menjual Torres seraya membeli Luiz Suarez dan Andy Caroll.

Di samping itu, komen2 yang diberikan oleh Torres sempena interview pertamanya dengan Chelsea membuatkan fans Liverpool sakit bontot. Menurut seorang peminat yang ditemui sedang membayar nasi bungkus di kaunter bayaran kafe Hussein, beliau merasakan yang Liverpool akan menang. Katanya,

"aku rasa, yakin dan pasti bahawa Liverpool menang malam ni. Hari tu dah tengok Suarez main. Power wo..dah la tak main official match start dari bulan disember lepas sampai la ni, pastu tak dan training langsung ngan team liverpool, masuk2 teruih dah tau nak link up ngan player2 liverpool. banyak through pass dia buat jadi. yang paling penting dia skor ah..gila kacak wei...dummy keeper, pastu shoot pelan pulak!! aku dah cuak gila...nasib baik masuk gak! tapi hang tengok, 1st game dah leh skor...mana ada orang leh buat camtu!"

"selain tu, aku rasa agger carragher semua defender memang dah asah tajam2 stud boot depa. mai torres lari kat depa ja, hah amik hang teruih tackle! biaq injured setaun pun takpa. padan muka. lepas tu biaq chelsea kalah banyak2. champion pun dak, top 4 pun dak. ha time tu baqu hang nak qiau torres....hang ingat chelsea sayang sangat kat hang ka?hahahahhaha!"

Akibat dari komen terlalu panjang peminat ini, line beratur untuk membayar telah memanjang 5 kali ganda panjangnya malah awek2 di belakang juga bermuka ketat seketat2nya.

Berbalik kepada perlawanan malam ini. Khabarnya pihak pengurusan Stamford Bridge beria2 mahu hulurkan sebatang bendera plastik kecil kepada setiap pemegang tiket berjiwa Blue untuk mewujudkan suasana menggerunkan sepertimana yang lazim kelihatan di Anfield. Selain itu, para komposer2 amatur the Blues juga sedang gigih menyiapkan lagu sorakan kepada Torres.
Menurut enche Jack,

" alrite, now we are trying to compose some songs for our new hero- to- be Fernando Torres but damn...we ain't got the idea. Do you have some?"

Baiklah enche Jack. Berbuat baik itu amalan mulia. Jadi, apa kata enche Jack amik jer lagu ini yang kami jumpa terconteng di dinding sebuah bar di Merseyside. Lagunya menarik, puitis dan penuh isi tersirat mahupun tersurat.

Dengarkanlah..Fernando Torres Chelsea's Nr. 9.

His armband lied, he was no Red, Torres, Torres

He's just a rent boy like they said, Torres, Torres

Into our backs, he plunged his knife, I hope John Terry shags his wife

Fernando Torres, he's just a pile of shite



***********************************************

gelang-Nya berbohong, ia tidak Red, Torres, Torres

Dia hanya anak laki-laki Iklan seperti mereka berkata, Torres, Torres

Ke punggung kami, ia terjun pisau, saya berharap John Terry shags isterinya

Fernando Torres, dia hanya tumpukan shite



Sekian.

(lagu pembukaan diulang)
Klasik~~nasional..klasik~~nasional..segalanya di sini..menggamit memori~~
Klasik nasional~~~~~~~~






2 comments:

hiruma89 said...

yg temubual kat cafe tu ang la haha

say- O said...

eh mana ada nama pun..haha