Sunday, February 6, 2011

PES 2011 #3

Sepak bola? Semua orang pandai. Tanduk bola? Semua orang reti. Gelek bola? Certain orang je yang tau. Ape tu gelek? Gelek adalah bahasa aku. Bahasa rasminya adalah skill.

Sebelum ni aku dah buat post tentang PES 2011, pasal macamane nak amek free kick dan penalti. Sekarang ni, aku buat post pasal skill pulak.

Main bola takde skill? No hal la. Takde masalah besar pun. Ade certain2 player star or faymes, yang boleh bermain dengan best walaupun takde skill, tapi control ball memang SUPERB!! Contoh yang pertama aku bagi adalah Xavi Hernandez. Gelaran dia adalah "The Architect" sebab dia adalah play-maker terbaik Spain buat masa ni. Dengan otaknya yang geliga, rambut dia yang agak stylo, but Adidas dia yang berkilat, memang dia la Play-maker yang terbaik kat Spain. Dengan Xavi sorang2 kat midfield, kucar-kacir defend German. Dia memang kurang dari segi skill. Tapi, dia semacam ada mata kat belakang kepala dia. Kenapa? Bila dia nak pass bola, tak payah tengok orang kat belakang dia pun, dia dah boleh tau. Kalau ada opponent, teammate lain tak payah nak jerit "ADE LORI KAT BELAKANG!!!". Short-pass or Long-pass,tak payah cakap la brader, celah gigi je tu. Pass through? Sambil gelak je dia buat. Nak cerita kehebatan Xavi dalam ni,memang susah la. Kena tengok dia main, pastu nilai.





Player lain yang takde skill, tapi boleh bermain dengan hebatnya, satu negara dengan Xavi jugak, dan bakal menjadi pengganti kepada Xavi maybe, adalah Cesc Fabregas. Yup,budak kecik yang muda2 dah jadi captain Arsenal (sebab Gallas bila jadi captain je, emo gile. nak nangis je keje). Time masa hingus masih lagi tak tau lap, Fabregas seorang player untuk Barca, mean dia adalah player Academy Barca. Tapi, disebabkan boring slalu cakap sepanyol je, dia berpindah kat Arsenal untuk menguji kemahiran bercakap dalam English la konon2nye (padahal dia suke tengok lambang Arsenal yang ada gambar meriam,katenye cool gitu). Sama macam Xavi, player seangkatan dengan Fab kat Arsenal iaitu Gael Clichy pernah cakap macam yang aku cakap tadi, "dia main macam haram. Kalau aku ade kat belakang die,tak buat bunyik pun die boleh tau. Aku rase die ade mate la kat belakang kepala". Point adalah 'mata di belakang kepala'. Passing? Tak payah cakap. Masa tadika dia dah Master kot. Pass through lalu atas atau bawah? Malas la nak cakap, dia buat PhD kot untuk benda tu. Sampai Nike pun taja but bola untuk dia. So,tak guna nak cakap lebih2 kat sini.






2 orang lagi ni, 2 orang je lagi...adalah player yang agak berumur, tetapi masih mempunyai kudrat untuk berlari. Memang agak kurang dari segi skill. Tapi, bijaksana dan pandainya dia control bola memang bagus. Frank Lampard dan Steven Gerrard memang terkenal dengan rembatan padu yang boleh buat jaring gol tu koyak. Kalau keeper tahan pun, memang menggigil gak la tangan tu.. Kurang skill, tapi tau masa2 yang sesuai untuk menjadi extra-attacker ataupun try shoot dari jarak jauh. Tapi, kalau main England, dua2 ni tak boleh ngam sebab dua2 nak rembat bola je kejenye. Kadang2, diorang akan bergaduh sebab tak ikut turn untuk shoot bola tu laju2. Hasilnya? Dua2 boleh main ragbi dah sebab bola yang diorang shoot semua pegi ke atas.





Eh,post aku pasal skill. Tapi ni skill pun takde.

Ok,sangat ramai player2 yang dilahirkan untuk menjadi seorang pemain bola. So, setakat skill yang senang2 ni, memang diorang akan dapat ilham dari mimpi la. First player yang memang tak kering dengan skill adalah Ronaldinho. Don't judge a person by his jongang teeth (main hentam je ni). Ya, memang Ronaldinho jongang. Tapi dia telah melakukan anjakan paradigma dengan mencipta skill SDN. BHD. yang sangat banyak. Mendapat anugerah Player Of The Decade, memang layak untuk dia. Seorang player untuk negara bola, Brazil, samba memang tak lari la daripada gaya skill dia tu. Tak percaya? Tengok sendiri.





Sorang lagi player yang memang berdedikasi untuk buat skill atas padang walaupun sebenarnya benda tu tak perlu, adalah Ronaldo. Dalam masa 90 minit game bola, selama 89minit dan 59saat dia akan buat skill. Time nak rehat, atau keluar padang sebab kena tukar, dia akan buat skill. Tah ape2 la mamat ni. Tapi, yang aku paling respect sebab kaki dia memang laju, dan free kick dia pun laju. Ronaldo memang rajin training, dan dia pernah pakai pemberat yang diikat kat kaki dia sambil timbang bola, lari dan buat skill. Sebab tu, kaki dia boleh laju camtu. Dengan but yang Nike taja tu plak ringan, memang patut la kan kaki dia boleh laju. Ada certain skill yang dia cipta sendiri, dan ada yang dia copy n paste.





Sorang legend, yang memang berkilat kepala dia (sebab tanduk orang), suka buat gol2 yang cantik. Legend tu adalah Zinedine Zidane. Seorang Islam, asal Algeria, sama macam Samir Nasri. Selalu puasa penuh time Ramadhan. Suka pakai baju teluk belanga time raya macam orang Johor. Dan yang penting, jangan mencarut depan dia, sebab nanti kena tanduk. Zidane memang player penting untuk France dan jugak Real Madrid. France semakin jatuh bila Zidane takde, dan Henry pun semakin dimamah usia. Kebanyakan skill Zidane menjadi ikutan player muda-mudi masa kini, dan juga nenek sebelah rumah aku. Aku? Dah buat dah, jatoh tersepak kaki sendiri je......(mood down...). Aku tunjuk bukti la kalau tak percaya..





So, dah selesai dengan muqadimah, baru la aku masuk kepada point utama untuk post ni ye. Buat skill dalam PES 2011 ni ada yang senang, dan ada yang sesah (senang tapi susah). Silap haribulan, jari2 kita akan terbelit kat joystick tu. Tapi, orang yang buat mentol pun sampai seribu kali kan? Tak kan kita yang main PES ni pun nak berputus asa dengan mudah. Agi Idup Agi Ngelaban la brader!!! Kat bawah ni aku tunjuk video macamane nak buat skill yang chantek2 dalam PES 2011. So, once again, learn and practice ye pakcik2 dan makcik2 di rumah sana.





p/s : player2 dalam video ni bukan aku....tolong la percaya...please please please....


No comments: