Friday, February 11, 2011

Klinik Pes - Course Outcome, General Idea

Hey~!Hey~!Hey~!

Sorry gila2 sebab terlambat sangat nak menunaikan janji ini. Inilah janjiku.

Klinik PES 2011. Yeah baby you're right. Ini post pertama memasuki kuliah mata pelajaran PES-2011.

Baiklah, sepertimana dalam kelas2 atau kuliah2 pertama dalam sesuatu semester selalunya para lecturer akan bacakan/ go through/ sepintas lalu course outcome sesuatu subjek itu. Maka keluarlah ayat2 macam

"Bertujuan melatih pelajar untuk mengenali polimer"

"Memberi kefahaman yang mendalam kepada para pelajar tentang pengkelasan kimia organik dan tak organik"

Bla3...

Stop!!!

Stopppu!!

Jangan ingat paper PES 2011 ni cikai tau. Paper ni pun course outline gak. Apa lu ingat PES ni game dam ular ke? Cait.

Ok, ni course outline dia dulu.

PES 2011. Suatu permainan bolasepak maya yang boleh dimainkan secara solo mahupun berdua-duaan dengan adik-abang-kakak-mak-abah-kawan-awek-cikgu-pengetua-naib canselor-pak guard-abang kafe atau sesiapa sahaja pun tidak megira bangsa agama dan bahasa dengan menggunakan kekayu ria mahupun papan kekunci untuk mengawal pemain supaya mampu bertahan dengan baik malah menyumbat beberapa gol seraya memberi peluang untuk menghanjeng pihak lawan tadi sepuas dan sehina mungkin.

Ok got it?

Di akhir kursus, diharapa para pelajar :

1) memahami apa itu bolasepak.

2) memahami apa itu dunia mainan video bolasepak.

3) mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk memenangi sesuatu perlawanan bolasepak PES 2011 dengan menguasai secara penuh aspek2 dribbling, passing, defence, offence, dead ball, tactical dan game reading.

4) mampu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya di dunia pekerjaan kerana bila mana bos marah ke, member se-ofis kutuk ke at leat pelajar itu mampu mumble sorang2 sebegini- "cibai lu, lu bukan tau pa. kalau brani lawan pes ar"

5) mampu memberi cabaran kepada seorang legend PES di UKM yang sudah menjadi champion dalam 3 tournament daripada 4 yang disertainya.


Olrite dude. Siap sudah course outline. Ingat!!!! Sila bawa course outline ni setiap kali masuk ke kelas!!! Jangan sampai nanti kena marah macam ni-

"Dah 3rd year..dah final year pun tak bawak course outline? Haih...ingatkan dah besar, dah pandai pikir..." HBO, ada rasa deja-vu tak?hahahaha.

Jangan...memang pedih woo bila kena macam tu.

Baiklah, masuk pada benda serius. PES 2011. Basically untuk menjadi power dan stylo dalam PES ni, senang je. Senang sangat2. Korang just kena power dalam 7 department kat atas tadi. Apa tak ingat? Tengok ah course outline tadi syiall!!!

Ok, itu untuk power dan stylo. Untuk beginner yang baru nak mula, atau sesiapa yang mahu mengefresh a.k.a menformat kembali mindanya berkenaan PES, amatlah penting untuk mereka memahirkan diri dalam 2 aspek ini- dribbling, passing. Ini bukan auta, tapi fakta. Malah, ketika ditemui di Pesta Hakera dan sedang membeli murtabak maggi jualan Kelab Kebudayaan, Xavi Hernandez berkata -

"Korang tau kan, macamana Barca boleh top gila? Hahaha, korang tau kan apa yang set Barca apar from the other team in this whole world kan? Yeah~~~ kami pakar dalam passing dan dribbling"

Manakala, sambil menghirup Soda Fantasi yang dibeli di gerai Kelab Kebudayaan, Iniesta pula menambah.

" Yeah betoi. Serius wei, kalau hang nak menang match hang kena ada dua benda tu. Aku kat Barca memang duk kena brainwash hari2 dengan ceramah Ustazah NorBahiyah. Tiap2 hari aku dengaq dia kata ' memberi itu amalan mulia, apa yang kita bagi, kita akan dapat lebih!' Tapi aku tak kisah, sebab memang betui pun. Pass n move. Pass n move. Itu kunci kejayaan kami."

Setelah itu, mereka berdua mengorder lagi Soda Fantasi kerana sudah addict sama itu softdrinks.

So, aku rasa cukuplah setakat ni. Sebenarnya aku rushing ni, tak sempat nak ngarut lagi panjang. Nanti next entry aku akan ceritakan dribbling dulu.

Ok, jumpa lagi dalam kuliah akan datang.

Bye2.

Majulah PES untuk kita semua.


2 comments:

HBO said...

deva ju sebentar...ahaha. ayat tu masih terngiang2 lg kt telinga aku doe :D

say- O said...

hahaha, next class tu aku print dan bawak wei course outline tu!!!haha!