Friday, February 11, 2011

Previu : Man U vs Man City

Minggu ni, game tumpuan adalah Derby di antara 2 kelab besar, yang player2 memang besar, dan duit pun besar. 2 kelab besar yang terletak di dalam sebuah negeri atau Bandar yang sama, sebuah negeri yang harmoni iaitu Manchester. Game antara Manchester United dan Manchester City di stadium tua iaitu Stadium Old Trafford.




Ok, sedikit pandangan dan prediction untuk game yang berlangsung itu nanti. Man City terkenal dengan ownernya yang memang kaya, ada harta trillion punya. Dan Man U terkenal dengan Atok Fergie yang suka kunyah gula getah sambil tengok bola. Antara Mancini dan Fergie, otak Fergie lebih bergeliga dan dia lebih veteran. Malahan, Fergie telah memegang jawatan sebagai pengurus selama 24 tahun. Jadi, dia lagi masak dengan player dan keadaan di Old Trafford.


Sir Alex 'Atok' Ferguson


Roberto 'Stylo' Mancini


PLAYMAKER

Untuk player lak, Man City baru je beli seorang player yang agak berkaliber iaitu Edin Dzeko dari Wolfsburg. Di Man City, Dzeko lebih kurang bermain sebagai seorang playmaker seperti posisi Wayne ‘Shrek’ Rooney di Man U. Tapi, Rooney lebih cemerlang dalam ‘hold’ bola ketika serangan dan Berjaya menjadi seorang playmaker yang baik. Dzeko juga boleh menjadi playmaker yang baik. Tetapi dia baru je join Man City. So, dia memang memerlukan masa untuk sesuaikan diri dengan corak permainan EPL yang mana defend memang kental, dan keeper memang cekal.



Edin 'Tonggek' Dzeko


Wayne 'Shrek' Rooney

CENTRE FORWARD

Di Man U, tukang buat gol adalah Dimitar ‘Bebal’ Berbatov. Memang agak malas sket untuk kejar bola, tapi kalau dah sampai seru, memang tak cukup 1 gol dia buat. Sebab tu, Rooney tukang lari, then lorong bola kat Berba, si Berba ni tinggal shoot je. Tapi, jika nak dibandingkan dengan goal machine Man City iaitu Carlos ‘Beast’ Tevez, Tevez lebih perform sebagai seorang penjaring gol. Tevez akan lebih bersemangat kerana gigi dia baru je tercabut lagi satu, menjadikan dia adalah player paling ‘kacak’ skali.



Dimitar 'Bebal' Berbatov



Carlos 'Beast' Tevez

WING

Luis ‘Pondan’ Nani adalah sepupu a.k.a kembar tak rasmi kepada Cristiano ‘Bapok’ Ronaldo. Kenapa? Sebab gaya lari, dribble, free kick, hatta armband skali pun, semuanya Nani tiru sebijik dengan Ronaldo. Nasib baik dia tak tukar warna kulit skali. Memang seorang player yang improve dengan cepat, Nani boleh menjadikan defend Man City seperti Toure pancit seketika untuk kejar dia. TAPI, kita tengok wing Man City iaitu Silva, player Spain yang memang seorang winger yang sihat dan kuat kerana minum Milo hari-hari. Di Valencia, Silva memang dikategorikan sebagai MVP untuk kelab tersebut. Laju, bijak, pandai dan kecik, memang advantage untuk dia. Defend Man U mungkin susah nak kejar dia. Tapi body Silva agak lemah dari segi fizikal. So, tu memang kelebihan Vidic.



Luis 'Pondan' Nani


David 'Kecik' Silva

GOALKEEPER

Van der Sar akan bersara next season. So, dia akan main seperform yang boleh, untuk last silverware dia sebelum dia keluar dari Man U. Walaupun umur dah 40, tapi fan dan player lain still konfiden dengan dia walaupun defend Man U masa tu adalah Wes Brown dan O’Shea. Seorang yang konsisten, dan tinggi. Memang Tevez tak boleh lawan. Tapi, kelemahan Van der Sar adalah bola yang senang2, yang keeper lain boleh tangkap, tapi dia boleh kena Ole. Kadang2, bola yang susah2 , senang2 je dia tepis or tangkap. Tapi, bila sampai bola celah2 kangkang, beliau TEWAS. Keeper Man City, iaitu Joe Hart, keeper utama England buat masa ni. Memang seorang keeper muda yang tak kenal putus asa. Jarang berfoya2 macam player England yang lain sebab dia selalu tolong mak dia shopping kat pasar tani. Joe Hart agak kebal jugak. Tapi, still mudah buat silap sebab dia masih lagi berhingus. So, tu memang advantage untuk Berbatov dan Rooney. Joe 'Heart' Hart mempunyai pegangan ataupun ayat2 motivasinya iaitu 'dalam hati ada taman derr'


Edwin Van der Sar


Joe 'Heart' Hart

12th PLAYER

Siapa pemain ke-12 Man U? Fergie? No no no. Subs? No no no juge. Budak milo kutip bola? Owh kamon,no no no. Jawapannya adalah REFEREE. Yup, referee akan menjadi orang penting untuk Man U bila berada di Old Trafford. Old Trafford ni semacam ada semangat ataupun ‘pendamping’ a.k.a saka yang mana bila mana2 referee masuk je, ALL HAIL MAN U. Extra time tak mustahil 8 minit. Offside untuk Man U agak mustahil untuk berlaku. 5 kali penalty untuk Man U juge tak mustahil. Pendek kata, semua tak mustahil la. Nak extra time infiniti pun boleh.



Howard Webb yang dibeli Man U 50juta. Rekod perpindahan referee termahal di Britain dan Dunia.



Howard Webb : Ingat, kalau nk jadi terel macam aku, pindah Man U cepat2.

Botak : Err,bole ke....? Aku tak nak jadi Syaitonnirojim merah...

Berambut : Ala,banyak songeh la lu derr. Ikut je ar. Leceh siot..



Ape-ape pun, enjoy the game k. (maybe game akan jadi macam Chelsea lawan Liverpool sebab Man City akan lebih cenderung untuk main defend, macam yang diorang buat masa main kat stadium Arsenal). Semua makhluk2 yang menyokong Arsenal, Chelsea dan Liverpool pastinya mendoakan kekalahan Man U disebabkan dendam kesumat mereka terhadap Man U lebih tinggi daripada dendam kepada Man City.

p/s : To all girls, Tevez lebih kacak dari Torres. SERIOUSLY!!!


1 comment:

say- O said...

haha, memang harapan aku untuk manu kalah seteruk2teruknya.