Wednesday, February 16, 2011

Arsenal 3-0 Barca, mimpi ataupun kenyataan?

Di kesejukan pagi-pagi buta, hari khamis, lebih kurang pukul 3.30, akan berlangsungnya satu game yang menarik di antara 2 team besar daripada negara yang berlainan. Arsenal dari England akan tunggu Barca dari Sepanyol datang naik flight ke Stadium Emirates. Kenapa aku tak cakap stadium keramat Arsenal, Stadium Emirates? Sebab rekod Arsenal kat tempat lawan lebih bagus dari tempat sendiri.



Okeh,sket pandangan dan pandang sebelah mata untuk game ni.

MANAGER

Arsene Wenger memang dah banyak menabur bakti dan jasa serta titik peluh untuk Arsenal. Dia sanggup menyepak, membaling, ataupun duk lepak dengan fan Man U demi Arsenal. Arsenal dapat berpindah dari Stadium Highbury pergi ke Emirates disebabkan jasa Wenger jugak. Polisi Wenger yang tak suka beli player sampai 50juta pastu flop macam haram telah membantu Arsenal melangsaikan hutang2 mereka. Selain tu, ramai player yang mana Wenger beli dalam range 1-10 juta, dapat dijual semula ke kelab lain dengan harga tinggi seperti Pires, Ljungberg, Henry, Reyes, Hleb, Flamini dan lain2 lagi. Dan Wenger tak pun beli player2 sampai harga 50juta. Dia still menggunakan player2 muda yang berbakat. Prinsip Wenger? 'Biar kalah,asalkan ART-senal'. Main biar lawa, tak kisah la kena bantai 5-0 sekali pun. Wenger menggunakan corak permainan lebih kurang sama seperti Barca, tetapi player Barca lebih berpengalaman dan mentaliti yang kuat. Wenger pun dah lama pegang jawatan sebagai manager Arsenal iaitu selama 14 tahun. Berbanding dengan manager Barcelona iaitu Pep Guardiola, dia baru je pegang jawatan manager di Barca pada tahun 2008, tapi dah bawa banyak trofi ke Nou Camp. Mempunyai kelebihan iaitu player2 yang handal, Guardiola takde masalah untuk menerapkan permainan dia dalam team Barca.



"Tengok,rilek je aku diri kat sini"
Kalau kat Itali, Wenger maybe dah arwah skang ni


"Sume terer sangat,nak pilih pun dah payah"

PLAYMAKER

Cesc 'Kiddo' Fabregas memang tengah HOT sekarang. Banyak kelab2 besar seperti Barca, Chelsea dan Real Madrid nak beli dia ni. Tapi dengan harga 60juta yang ditampal Wenger kat dahi dia, semua kelab besar letak balik dompet mereka dalam kocek. Dengan harga 60juta, adalah berbaloi kerana dia baru je 24 tahun, dan dah pun pegang jersi no 10 Spain (jersi no 10 biasanya untuk legenda or star player). Tenang, takde panik2, fokus, kejituan yang tinggi, itulah Fabregas. Short pass, through pass, dan long pass yang memang tepat, Fabregas sememangnya playmaker rebutan ramai manager di dunia. Tapi, dengan keadaannya lately ni selalu hamstring, Fabregas dah tak boleh nak main ganas2 macam dulu2. Nasri, seorang muslim dari France, lahir di Algeria, dilabelkan sebagai 'Young Zizou' oleh Wenger, disebabkan punggung dia pun macam Zidane (kata Wenger la). Dribble yang baik sebab mempunyai body balance yang tinggi. Seorang long ranger yang kadang2 boleh menghasilkan gol. Masaelahnye? Nasri baru sahje baik injured. Dan Wenger tak berani untuk gamble Nasri demi game tersebut. Tapi Wenger memang dah ada pengganti iaitu Wilshere, iaitu 'England's Future Star'. Barca plak, ada 2 Fabregas di Barca, iaitu Iniesta dan Xavi. So,camne tu? 1 Fabregas nak lawan dengan 2 Fabregas? Iniesta dengan Xavi memang memerlukan antara 1 sama lain. Xavi tak begitu menjadi kalau Iniesta takde, dan begitu gak sebaliknya. Seorang lagi player Barca, Busquets dah nampak ura2 untuk dia jadi seperti Xavi dan Iniesta.

Cesc 'Kiddo' Fabregas


Samir 'Muslim' Nasri


Xavi 'Pacak' Hernandez


Andres Iniesta

STRIKER

Arsenal memang ramai striker, tapi semuanya ada mood. Van Persie dengan masalah kecederaan yang berterusan, Chamakh yang still tengah sesuaikan diri dan Bendtner yang berat bontot. Van Persie sememangnya tengah perform apabila jaringkan 2 gol ketika bertemu Wolves (yang mengalahkan Man U 2-1) tempoh hari. Memang pandai cari ruang, dan kelebihan dua2 kaki boleh rembat laju2. Pengganti van Persie, Chamakh yang menjadi penjaring terbanyak masa di Bordeux, dan Bendtner, penjaring terbanyak masa di..............err....sekolah kot... Barca membeli striker baru untuk menggantikan Bro Ibrahimovic iaitu David Villa. Honestly, dia memang lebih bagus dari Van Persie. Memang kaki cari gol. Antara punca utama Spain boleh menang World Cup. Nak harap Torres? Terima kasih je la. Villa memang tak kacak,tapi kaki dia kacak. Pengganti Villa, Bojan 'Bijan' Krkic. Still muda, tapi reliable.

Robin 'Rockin' van Persie


David 'Kacak' Villa

WING

Arshavin dan walcott, wing forward untuk Arsenal. Time datang period, Arshavin memang main macam haram. Tapi,still aset penting untuk Arsenal dengan assist yang kadang2 mengarut tapi menjadi untuk Arshavin. Walcott? Camne nak cakap ye.. Mamat ni memang laju. Manusia terpantas di EPL. Tapi, Walcott memang poor dari segi pass or cross. Still cuba untuk adapt dengan no Henry yang dia pakai, Walcott kadang2 boleh pakai di waktu2 Arsenal amat memerlukannya. No 1 Player in the World, Lionel 'Hobbit' Messi, seorang Hobbit dari Argentina. Laju, sama macam Walcott. Tapi banyak kelebihan. Dia rajin, dribble yang bagus, dan rembatan yang padu. Memang layak untuk jadi no 1 player. Sorang lagi wing forward Barca, Pedro, memang cemerlang. Pandai cari posisi, dan pandai joget2 sambil bergelek dangdut. Takde masalah untuk sefahaman dengan Villa, kelebihan untuk Barca.


Andrei 'Meerkat' Arshavin


Theo 'Bolt' Walcott


Lionel 'Hobbit' Messi


Pedro 'Gelek' Rodriguez


DEFEND

Arsenal memang bermasalah sket dengan defend. Sejak Sol Campbell, Kolo Toure, Willam Gallas semua keluar, Arsenal memang dah takde defend yang berkaliber. Tapi Djorou dan Koscielny makin serasi, dan Vermaelen yang injured pun memang keras, maybe still selamat untuk Arsenal. Bagi aku, Arsenal dah buat silap dengan membeli Squillaci, sebab dia memang tak bagus sejak kat Sevilla dulu. Tapi, polisi Wenger yang suka tolong member2 dan player2 tua France, telah menyusahkan goalkeeper, sama macam Wenger amek Silvestre dari Man U dulu (Silvestre adalah player tua dari France). Untuk Barca? No doubt. Puyol dan Pique, memang keras, kental dan kebal. Man U patut menyesal sebab dulu dia kata Pique tak bagus, dan jual kat Barca. Sekarang? Pique adalah punca kemenangan Barca dan Spain. Keje dia memang pikir je camne nak bagi striker opponent tak OLE dia.

Johan 'Juara' Djourou


Laurent Koscielny


Carles 'Kental' Puyol


Gerard 'PK' Pique


GOALKEEPER

Keeper no 1? Tak boleh pakai. Keeper no 2? Bapok, injured terus. So, Arsenal terpaksa gunakan khidmat keeper no 3. Yang mana pada pendapat aku, lagi bagus dari keeper no 1 dan no 2 Arsenal. Nak lawan dengan keeper no 1 Barca? Kirim salam. Victor Valdes, walaupun keeper no 3 Spain, tapi akan jadi keeper 1st kalau dia pindah ke England, ataupun Malaysia.

Wojciech Szczesny


Victor Valdes

So,Good Luck lah kepada Arsenal. Semoga tak kena bantai teruk2 ye. Seri pun,ok la.

p/s : AC Milan kalah dengan Tottenham Hotspurs 0-1 kat tempat sendiri. Bola dilorongkan oleh Lennon masa counter attack dan Crouch sepak je sambil tersenyum dan bola tanpa segan silu masuk gol.

4 comments:

say- O said...

secara kesimpulan. memang mampus arsenal malam ni.

hiruma89 said...

spa yg mampos iskndr?

say- O said...

nampaknya arsenal telah mengejutkan dunia. tahniah.

Nazrin Saad said...

keh! keh! keh!

siapa cakap kalau main attacking mesti mampus dgn barca?

siapa?

real madrid?

keh! keh! keh!