Sunday, January 16, 2011

Van der Vaart hatrik?





Malam ni,game paling besar adalah game Tottenham Hotspurs lanyak Man U. Kenapa lanyak? Kenapa bukan ganyang? Lantak aku. Kenapa Man U yang kena lanyak? Bukan Tottenham? Sebab aku memang aku tak suka Man U. Knp aku tak suka Man U? Alasan mudah,sebab Man U adalah Syaitonnirojim Merah yang memang layak direjam,macam setan kt bawah ni.




Okay,cukup dengan bukti-bukti yang menunjukkan aku benci gila kat Man U.
Mengikut firasat aku yang berpaksikan bola Nike T90 yang bulat, Van der Vaart akan menjadi seperti kata2 orang tua 'ayam tambatan' ataupun bahasa mudah aku, Man Of The Match malam ni. Kenapa? Sebab jersi diorang lawa? Salah!! Sebab no jersi Van der Vaart adalah 11,sama dengan adik kembar lain mak lain bapak dia, van Persie, player Arsenal (no jersi masa season EPL yang lepas). Kenapa aku samakan 2 player ni? Sebab diorang Dutchmen, dan no jersi diorang adalah 11.

Van der Vaart macam seorang Water Boy masa dia kat Real Madrid. Tapi,bila beliau kat Tottenham,dia adalah seorang Hero, silap hari bulan,boleh jadi Legend. Kenapa?



Korang nampak kan? Masa kat Real Madrid,dia main 30 kali dah,tapi gol macam haram. Bila kat Tottenham,main 18 kali je,gol dh 11. Same dengan no jersi dia. Okay,tu baru satu bukti kukuh.

Kenapa Van der Vaart boleh buat hatrik? Sebab dia kidal? Salah!! Dia memang kidal,dan dia dh jumpa adik kembar dia,satu pakcik tapi lain makcik, yang kidal jugak, iaitu Gareth Bale. Gareth Bale ni adalah wakil sekolah dalam acara Sprint 100m. Tapi,dia kalah dengan Walcott,sebab tu sekolah Walcott selalu menang dalam acara 100m. Cukup dengan merepek. Kalau korang tengok game Inter lwn Tottenham dalam Champions League, Bale main macam dalam PES. Memang tipu,tapi tu la hakikat. Dia macam keter Ferrari yang guna enjin Porsche dan jadilah Ferrero Rocher. Memang sedap. Macam tu la dia main bola,memang sedap.

Secara kebetulan,no jersi Bale adalah 3,iaitu no gol yang akan dijaringkan oleh Van der Vaart. So,apa kaitannya? Maksudnya,Bale akan lorong bola kat Van der Vaart,pastu Van der Vaart rembat masuk gol,sebanyak 3 kali. Ya,3 kali. Nak tengok gambar Bale lorong bola tu?



Korang boleh nampak kan? Mata dia tengah cari Van der Vaart la tu.

Tambahan fakta, goalkeeper Man U kemungkinan besar adalah Tomasz Kuszczak. So,kemungkinan untuk bolos pn,tinggi jugak la ye :).

Okay,cukup dengan fakta je. Aku harap,Tottenham akan mengakhiri kemarau kekalahan Man U. Kesian Man U,kemarau kalah. So,harap2 kalah la ye. Hari ni 11 Safar,secara kebetulan 11 jugak. Ada maksud tu.

Semoga Van der Vaart boleh perform,pastu boleh dapat jersi no 10 macam adik dia, van Persie.

p/s : sori kepada fan Man U

6 comments:

matt Dark said...

club iluminati..hahah bukti yg jelas terbentang

Mr. Swift said...

Haha. Aku dah follow.
Meh usha blog paling chelsea pulak!

negative46.blogspot.com

Si Bola-Bola said...

itu mmg nyata haha

mr swift-olrite2..aku follow

stiffler said...

hah! sembang punya banyak..last last 0-0

wrong prediction

lagipun manu ni bukan kelab ipwich town brader

Si Bola-Bola said...

hahaha..17 goal attempts dgn brbls 8 goal attempts dr MU..mmg defend ja

Anonymous said...

mane hat-trick nye??
hampeh pown taraak...