Thursday, January 20, 2011

TEMUBUAL EKSLUSIF MALAYSIA!!

UKM, 19 JAN 2011

Sari berita utama... tet...tet..
UKM digegarkan dengan kehadiran bintang2 pasukan Malaysia yang sudi turun padang untuk bersama peminat2 yang ratanya adalah pelajar UKM.
Bintang2 yang hadir rata-ratanya merupakan pemain Selangor sanggup meluangkan masa bersama peminat-peminat tercinta. Antara yang hadir terdiri daripada Safiq rahim, Amirulhadi, Asrarudin, dan juga Razman

Wartawan terpaksa menunggu lebih kurang sejam untuk menemubual pemain2 negara.
Dilaporkan punca kelewatan adalah kerana pakcik2 guard yang menjaga pintu masuk ke UKM sibuk meminta tandatangan dari para pemain Malaysia dan kelewatan ini menyulitkan situasi keadaan di pusanika
Cafe Pusanika UKM mengalami kesesakan trafik yang ketara dan menyulitkan situasi pihak pengurusan di sana.
Namun, yang tersenyum girang adalah pakcik2 dan juga akak2 cafe berdekatan kerana jualan makanan mereka begitu laris. Para peminat begitu setia menunggu bintang2 pujaan mereka seperti "pungguk rindukan zuhal" nie adalah jenis punguk moden..
lebih kurang pukul 12.45 tgh hari, barulah kelibat bintang2 Malaysia menjelma...
para pemain disambut dengan hilaiaaannn yang mengerikan dari peminat2 pasukan Malaysia yang ratanya yang hadir wanita yang tidak mengenali siapa yang dihilainya....berikut merupakan hilaian yang sempat dirakamkan wartawan.
HIAHHHHHHHHHHH...AMRULHADII...ASRARUDINNN....SAFIQQQQQ....!!!!!
 (Kesian Razman..tiada siapa mengenalinya)

Razman(kiri skali) masam skali kerana tiada siapa kenal beliau...sungguh kecewa beliau.
muka sembelit amirulhadi (tengah)
berikut merupakan beberapa soalan yang dikemuakan peminat kepada pasukan negara:

si gadis ayu : abg asra~~ betulkah abg de skandal dengan kak rozita yg cun meletop tu...

asrarudin: itu hanya gosip semata-mata (tipu sial)

asra berlakon macho sewaktu menjwab soalan media

lelaki ganteng : apakah matlamat pasukan Malaysia pada tahun 2011 (soalan paling bodoh penah wartawan  dengar...x penah bc paper ke ape)

Safiq : next matlamat adalah kelayakan untuk Olimpik (kompem la nie jwpnnya..bodo yg tnya...desas hati wartawan)

wajah selamba hero wartawan sewaktu temubual
wartawan sempat juga bertanya beberapa soalan kepada amirulhadi namun tiada jawapan yang diberikan...
kelihatan mukanya berkerut-kerut...ramalan wartawan mungkin beliau mengalami perasaan sensasi dalam perut beliau atau diklasifikasikan sebagai sembelit...ini mungkin kesan akibat makan di kedai mamak sebelah rumah beliau pagi tadi...

wartawan sempat juga menemubual beberapa peminat yang hadir...

wartawan : anda kenal semua pemain Malaysia? boleh sebut satu2?

gadis bergetah : mesti la kenallllllllllll.....errrrrr safiq..amirul...asrarudin...roslan..

wartawan : roslan? tu nama bapak dia ngengg!! Kesian razman

gadis bergetah : eyh clapppp..(blushing beliau)


wartawan sempat juga berebut2 dengan para peminat yang hadir semata-mata untuk mendapatkan tandatangan dari hero wartawan iaitu safiq rahim..
poster yang wartawan beli dari pihak urusetia sempat ditandatangani oleh safiq rahim namun apa yang paling mengecewakan wartawan adalah poster wartawan turut sempat ditandatangani oleh asrarudin..
wartawan x brapa suka dengan tandatangan asrarudin yang merupakan playboy janda sejati...wartawan bukan jenis begitu

wartawan dengan sahabat bersama poster malaysia
wartawan sempat juga menanyakan kepada urusetia tentang ketidakhadiran hero harimau malaya iaitu safee sali. berikut adalah jawapan pihak urusetia :

"dilaporkan safee sali sibuk membincangkan soal perpindahan beliau ke kelab indonesia." (ringkas sungguh jawapan beliau )

kehadiran safee salee begitu dirasai dalam poster...cube lihat poster..safee sali berdiri sebelah safiq
wartawan sempat juga bergambar dengan safiq rahim...(bangga kejap)

wartawan dan juga SR..(mata beliau  mmg sepet bukan ttup mata ok)
wartawan rasa sampai di sini saja untuk hari ini....
azan  sudah berkumandang menyeru wartawan untuk solat Subuh...

Sekian~

p/s- wartawan terbabit merupakan salah seorang pengarang Mastika...




7 comments:

Anonymous said...

haha....lokman,ko semakin lame semakin lawak..haha..

ni ak amin....amin mane? hang teka la sndirik

Si Bola-Bola said...

kenai sgt hahahaha

Rozuan Ismail said...

gitu..suka la ko..dpt gmbr ngsn safiq rahim..frust aku x dpt..erm..

hiruma89 said...

hehe..nape ko x dpt lak?

~MiSs iFF@~ said...

perghh gempak doe blog ko lokman.. cayala

de_nataLie said...

hahaha..pe barang team mesia..aku sokong team itali je..hahaha..go..go italy!!

Noor Jaini said...

koyalah adik aku sorang nih...hahahaha