Thursday, January 27, 2011

PES 2011 #2

Dalam PES 2011, sepak or kate orang2 tua, rembat ATAU orang kampung aku kate, shoot bola pastu terus gol, adalah cara lama main game bola. Sekarang ni,dah banyak cara untuk sumbat gol. Setakat guna Ronaldo, gelek2 bola depan opponent pastu sepak bola laju2 masuk gol, tu lapuk ar brader.

Haa,yang ni,aku bagi cara baru nak buat gol. FREE KICK.

Kalau korang boleh buat gol dengan free kick, korang akan dipanggil Sifu ataupun Murahguru oleh kawan2 korang. Kenapa? Sebab susah gile2 nak buat gol melalui free kick or dipanggil set-piece.

Antara mangkok2 bola yang memang terer amek free kick di atas padang betul yang menghijau dan rata adalah makhluk dari Portugal yang telah mendapat anugerah Oscar kerana kepandaian beliau menjatuhkan diri di atas padang walaupun opponent hanya meniup beliau sahaja. Yang paling bestnye, referee dengan bangangnye percaya yang dia tak diving, dan terus bagi free kick. Badan dah tough. tapi disebabkan beliau tidak melanggan Kopi Kawe ataupun Kopi Jantan secara bulanan, beliau menjadi lemah dan Nama makhluk itu adalah Cristiano 'Bapok' Ronaldo,






Sorang lagi legend dalam amek free kick ni, seorang lelaki yang mempunyai susunan gigi yang menarik.. Tiada siapa yang boleh lawan gigi dia.. Sekali senyum, beratur nenek2 untuk berdampingan dengannya. Pabila dia menghayunkan rambut kerinting ala2 J.Lo, beratur adik2 tadika nak tangkap gambar sama2. Pabila dia berjoget Samba di atas padang, semua orang terpaksa join, termasuk la ref pun bersamba skali. Dia terkenal disebabkan gigi,bukan kaki. Pernah menjadi model iklan ubat gigi Kodomo Lion. Kacak orangnya,dan peramah. Beliau adalah Ronaldinho de 'Jongang' Moreira,






Yang sorang lagi ni, beliau adalah lelaki, tetapi nama timangan perempuan. Satu negara dengan Ronaldinho. Tetapi agak kurang dari segi Samba2 ni sebab takut akan mewarisi gigi Ronaldinho. Seorang yang sangat rajin mengemas rumah, pandai memasak, lemah-lembut perwatakannya dan rajin pula membantu ibunya menyidai baju. Pernah pada suatu hari, beliau dilihat bermain masak2 dan 'kahwin2' bersama kakak-kakaknya. Tapi yang paling best,dia jadi pengantin perempuan. Siapakah JJ (Jejaka Jambu) tersebut? Beliau adalah Ricardo 'Dara' Kaka' (sebutannya, kakak),





Dan seorang lagi, kalau tak kenal, memang korang tak pernah tengok bola, or tak pernah baca surat khabar. Bini dia,memang pedass.. Badan dia,memang mantap,selalu jadi model. Kalau amek free kick, bagi la sudut mana, kaki mana, tutup mata ke tak tutup mata ke, bola jenama ape pun, pakai but ke, kaki ayam ke, keeper tu Casillas ke, Van der Sar ke, semua boleh gol. Ayat beliau paling faymes adalah," Bekam, rahsia kekal muda (sambil bercakap dengan machonya)". Rahsianya, sebab dia selalu pergi berBekam kat kaki dia. Kat mane? Korang pegi kat lorong Haji Taib,memang selalu dia ada kat situ. Siapa orangnya? Nama faymes adalah David Robert "Bekam" Beckham,








Kita memang tak boleh nak buat free kick macam mangkuk2 kat atas ni. Tapi, kita boleh buat dalam game. SO,kat bawah ni adalah video macamane nak buat free kick yang chantek2, adjust2 sket, shoot terus gol. Once more, learn and practice.




video

(orang kate,sepak bola itu mudah,bola sepak yang susah)

p/s : seriously, bukan aku yang buat semua free kick dalam video..tolong la percaya..tolong la......!!!

3 comments:

hiruma89 said...

ko pnah tngok ak amek free kick? haha

say- O said...

aku reti buat free kick. serius.

HBO said...

ahaha,ade 1 game aku lwn rumate aku,aku bt gol free kick. ikut video tu ar. tp 30m aku xleh bt lg.