Showing posts with label klinik pes 2011. Show all posts
Showing posts with label klinik pes 2011. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Klinik PES 2011- Asas Kawalan Bola

Hey~

Sorry, kali ini cikgu emo sket. Minggu lepas ada meeting bulanan antara semua tenaga pengajar. Pastu dalam meeting tu ada penilaian refleksi terhadap performance setiap cikgu. Korang agak apa cikgu kena? Cikgu kena marah sebab kelas cikgu ni ajar slow sangat. Damn.

So, kalau macam tu, cikgu nak ajar laju2.

Ikut pada tajuk atas itu, cikgu nak ajar asas kawalan bola. Diam. Jangan nak komplen kata senang. Apa korang ingat ball controll ni senang ke ha? Damn you if you think so. Kalau betul la senang, maka David Ngog memang dah skor banyak gila babi ah. Takde ah stop ball 2 meter ke depan.

Ok, mula dengan dribbling and ball controlling. Macam dalam gambar ni.


Semua arahan pulak berdasarkan gambar joystick teragung bawah ini. L1 dan R1 adalah button atas yang depan dulu, L2 dan R2 adalah yang button atas belakang.

Bila bawak bola, macam dalam real life jugak. Ada masa pecut, ada masa slow. Tu semua kamu semua tau kan? Button pecut tau kan? Ok. Button untuk lain2? Camni.

1. Slow!!
Sila tekan button direction yang korang nak serentak dengan R2. Insyaallah, player tu akan berjalan sambil membawa bola. Advantage bawak slow ni? Banyak. First, nak psycho opponent. Then, untuk estimate situation. Dan penting sekali!! Nak tunggu teammate naik atas. Ini amat essential dalam gerakan one-two pass.

2. Gelecek pelan2 a.k.a Zidan punya style.
Tak paham? Pi Youtube Zidane punya video. Dalam tu kamu boleh tengok Zidane punya dribble n ball control. Most of it he done it in cool and calmness. Button dia? Macam button slow atas tadi tapi plus dengan kawalan mantap ke atas directional button. Ini memang experience je yang boleh ajar. Cakap je susah.

3. Menggelecek ala Walcott a.k.a Long Kicking Run
Senang sungguh. Guna button sprint (directional button + R1) TETAPI button R1 tu kena tap secara laju dan berkali-kali sampai kamu puas.

4. Membelok Laju Secara Tiba2 macam Ronaldo buat.
Lagi la senang. Guna button sprint (directional button + R1) TETAPI tekan button L1 bila masa kamu mahu belok -laju- bola-pun-pi- jauh.

5. Stop Ball Secara Mengejut.
Sumpah senang. Tak kira tengah pecut ke, tengah jalan je ke. Bila nak stop, lepaskan segala button yang ada dan hanya press button R2. Senang kan?

Apapun, semua basics di atas tu perlukan latihan yang banyak dan joystick yang tip-top untuk kamu kuasai. Macam sukan real life juga, sports is all about practice.

Ada paham? Kalau tak paham, sila ajukan soalan di ruangan komen. Untuk kelas seterusnya, cikgu mau ajar passing pulak.





Monday, February 21, 2011

Klinik PES 2011- Hardware dan Software Asas

Hey~!Hey~!Hey~!

Rasanya macam dah lama gila kelas PES ni tertangguh. Cikgu harap korang selaku pembaca dapat bersabar dan memaafkan kelewatan ini ye. Al- maklumlah, makin bz sekarang. Siapa kata 3rd year relax2 je ha!!?? Gi mampos ar!!!

Ehem, ok. Kali ni, cikgu nak ajar korang pengenalan asas dulu. Apa? Yang mingu lepas punya? Tu course outline la. Haissh..cikgu tau la apa cikgu buat! Hang tu duk diam2!

Baiklag murid- murid. Untuk main PES 2011, kamu semua kena ada 3 benda ni. PC/ Laptop, joystick dan software PES 2011 tu sendiri. Hahaha, jangan tarik muka cemuih dulu, dengaq dulu apa cikgu nak kata.

Sebaik-baiknya, lagi afdhal jika kamu menggunakan pc yang decent untuk main game ni berbanding laptop. Kenapa? Sebab laptop kamu majoritinya tak mampu beri gambar/visual/ performance yang top. Dan ramai yang kena korbankan quality grafik semata- mata untuk make it run smooth. Sedih sungguh. Oleh itu, gunalah pc yang decent. Decent camana? Yang lepas recommended requirement la. Macam pc ini.

Ini PES 2010 punya. PES 2011 takda gambar

Then, software dia. Suka hati korang lag nak pakai installer donlod mari ke atau beli kat kedai. Yang penting ada.

Last sekali!! Joystick.

Yeazzaa...joystick. Yang ni cikgu nak beri penekanan sikit. Selama cikgu duk berkecimpung dalam dunia PESsing ni, cikgu dapati ada banyak brand joystick2 yang wujud di muka bumi ni. To name a few-Sony Playstation, Topway, Vinyson, Dilong, bla3...

Untuk beli joystick, make sure kamu ni jenis guna analog atau button klasik.

Tak paham..? Nak lukih..?


Yang biasa guna analog (dalam kotak merah), suka ati kamu lah nak pakai joystick brand apa sekalipun. Bagi yang biasa guna button classic (dalam kotak putih), SILA BELI JOYSTICK VINYSON. Jangan risau, cikgu bukannya agent pemasaran Vinyson. Cikgu cuma bercakap yang benar. Sebab apa?

Hanya button classic vinyson saja yang independent. Meaning, bila kamu tekan arah atas, button kiri-kanan-bawah tak gerak sekali unlike those other shitty controller yang sekali harung semua dia effect. Efeknya? Dalam gameplay nanti. Kamu tak kan mampu membuat passing yang PENETRATING, PRECISE. Kamu juga tak kan mampu DRIBBLE, CONTROL Ball dan HOLD BALL dengan baik. Ini adalah pengalaman cikgu guna joystick lain yang suck ass. Cikgu tak cakap kosong tau.

Cikgu rasa cukup setakat ni hari ni. Cikgu penat tau hari ni. Lagipun, cikgu seronok tau hari ni, sebab cikgu dapat sembang-sembang sikit dengan dia pagi tadi. Woh, sweet sungguh dia...

Oh damn, apa ni!! Ok chiao!!

......Ok kelas seterusnya cikgu nak ajaq dribbling (control ball) dengan passing!!

Friday, February 11, 2011

Klinik Pes - Course Outcome, General Idea

Hey~!Hey~!Hey~!

Sorry gila2 sebab terlambat sangat nak menunaikan janji ini. Inilah janjiku.

Klinik PES 2011. Yeah baby you're right. Ini post pertama memasuki kuliah mata pelajaran PES-2011.

Baiklah, sepertimana dalam kelas2 atau kuliah2 pertama dalam sesuatu semester selalunya para lecturer akan bacakan/ go through/ sepintas lalu course outcome sesuatu subjek itu. Maka keluarlah ayat2 macam

"Bertujuan melatih pelajar untuk mengenali polimer"

"Memberi kefahaman yang mendalam kepada para pelajar tentang pengkelasan kimia organik dan tak organik"

Bla3...

Stop!!!

Stopppu!!

Jangan ingat paper PES 2011 ni cikai tau. Paper ni pun course outline gak. Apa lu ingat PES ni game dam ular ke? Cait.

Ok, ni course outline dia dulu.

PES 2011. Suatu permainan bolasepak maya yang boleh dimainkan secara solo mahupun berdua-duaan dengan adik-abang-kakak-mak-abah-kawan-awek-cikgu-pengetua-naib canselor-pak guard-abang kafe atau sesiapa sahaja pun tidak megira bangsa agama dan bahasa dengan menggunakan kekayu ria mahupun papan kekunci untuk mengawal pemain supaya mampu bertahan dengan baik malah menyumbat beberapa gol seraya memberi peluang untuk menghanjeng pihak lawan tadi sepuas dan sehina mungkin.

Ok got it?

Di akhir kursus, diharapa para pelajar :

1) memahami apa itu bolasepak.

2) memahami apa itu dunia mainan video bolasepak.

3) mempunyai kemahiran yang mencukupi untuk memenangi sesuatu perlawanan bolasepak PES 2011 dengan menguasai secara penuh aspek2 dribbling, passing, defence, offence, dead ball, tactical dan game reading.

4) mampu mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya di dunia pekerjaan kerana bila mana bos marah ke, member se-ofis kutuk ke at leat pelajar itu mampu mumble sorang2 sebegini- "cibai lu, lu bukan tau pa. kalau brani lawan pes ar"

5) mampu memberi cabaran kepada seorang legend PES di UKM yang sudah menjadi champion dalam 3 tournament daripada 4 yang disertainya.


Olrite dude. Siap sudah course outline. Ingat!!!! Sila bawa course outline ni setiap kali masuk ke kelas!!! Jangan sampai nanti kena marah macam ni-

"Dah 3rd year..dah final year pun tak bawak course outline? Haih...ingatkan dah besar, dah pandai pikir..." HBO, ada rasa deja-vu tak?hahahaha.

Jangan...memang pedih woo bila kena macam tu.

Baiklah, masuk pada benda serius. PES 2011. Basically untuk menjadi power dan stylo dalam PES ni, senang je. Senang sangat2. Korang just kena power dalam 7 department kat atas tadi. Apa tak ingat? Tengok ah course outline tadi syiall!!!

Ok, itu untuk power dan stylo. Untuk beginner yang baru nak mula, atau sesiapa yang mahu mengefresh a.k.a menformat kembali mindanya berkenaan PES, amatlah penting untuk mereka memahirkan diri dalam 2 aspek ini- dribbling, passing. Ini bukan auta, tapi fakta. Malah, ketika ditemui di Pesta Hakera dan sedang membeli murtabak maggi jualan Kelab Kebudayaan, Xavi Hernandez berkata -

"Korang tau kan, macamana Barca boleh top gila? Hahaha, korang tau kan apa yang set Barca apar from the other team in this whole world kan? Yeah~~~ kami pakar dalam passing dan dribbling"

Manakala, sambil menghirup Soda Fantasi yang dibeli di gerai Kelab Kebudayaan, Iniesta pula menambah.

" Yeah betoi. Serius wei, kalau hang nak menang match hang kena ada dua benda tu. Aku kat Barca memang duk kena brainwash hari2 dengan ceramah Ustazah NorBahiyah. Tiap2 hari aku dengaq dia kata ' memberi itu amalan mulia, apa yang kita bagi, kita akan dapat lebih!' Tapi aku tak kisah, sebab memang betui pun. Pass n move. Pass n move. Itu kunci kejayaan kami."

Setelah itu, mereka berdua mengorder lagi Soda Fantasi kerana sudah addict sama itu softdrinks.

So, aku rasa cukuplah setakat ni. Sebenarnya aku rushing ni, tak sempat nak ngarut lagi panjang. Nanti next entry aku akan ceritakan dribbling dulu.

Ok, jumpa lagi dalam kuliah akan datang.

Bye2.

Majulah PES untuk kita semua.