Showing posts with label kem liverpool lagi.. Show all posts
Showing posts with label kem liverpool lagi.. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Mentaliti Kemenangan

Tinggal 7 atau 8 game lagi,sebelum EPL season ni habis secara rasminya. Tapi,bagi aku,aku macam dah tau siapa yang akan bawak balik trofi EPL tu balik stadium diorang. Aku tak ulas pasal game semalam. Suruh admin lain buat entri pasal benda tu.

Yang aku nak cakap untuk kali ini,adalah pasal "Mentaliti Kemenangan". Yup,mentaliti dalam kepala otak setiap manusia,yang berbeza-beza.

Sedikit review dari game semalam, Man U a.k.a Syaiton Merah menaiki bas untuk ke Upton Park, dan dalam kepala aku, "boleh kena 4-0 lagi ni". Sebab,West Ham adalah antara kelab pemusnah gergasi-gergasi EPL, dengan adanya player-player yang boleh diharap, tambah dengan kepala Israel Grant Laknatullah tu, tak mustahil West Ham boleh ayam-ayamkan Man U. 1st half, West Ham 2-0 Man U. Jangkaan aku semakin menunjukkan keberkesanannya. Bila aku tengok je Full Time punya score, West Ham 2-4 Man U. DEMM! Rooney score hatrik pulak tu.






Kita tengok gergasi-gergasi EPL lain pulak. Di Emirates, ramai target Arsenal menang, paling cikai 3-0. Sebab Arsenal main kat home, dan ramai star-star dia macam Walcott, Fabregas dan Song dah balik. Van Persie, kaki gol yang pelik-pelik pun main,kapten pulak tu. Hasilnya? Seri 0-0 dengan Blackburn. Kalau kat Old Trafford, dah kena 7-0 dah. No mercy punya. Chelsea pulak terpaksa melalui Jambatan Stamford untuk ke Britannia Stadium, Stoke City dah tunggu dengan ghairahnya. Dan Stoke leading 1-0 minit ke-3 lagi dah. Tapi,Drogba dah menyelamatkan maruah King Carlo. Sementara tu,kat The Hawthorns, Liverpool........................kalah..............................2-1........................tak nak cakap banyak............................... Dan Tottenham yang dikatakan the New EPL Giant, seri 0-0 je,sebab? Bale tak main... Dah macam Real Madrid kalah kat home sebab Ronaldo tak main.






Man U ketinggalan 2-0,boleh sumbat 4 gol lagi. Menunjukkan yang Man U memang serius nak menang EPL. Ferguson di banned untuk berada di tepi padang, sebanyak 5 game. Tapi,apa susah. Handphone ada. Dia call Rooney,maki-maki sikit, pastu ugut nak bunuh bini dia, calarkan kereta baru dia, terus Rooney hatrik. See? Mentaliti kemenangan tu penting. Dalam game semalam, bukan Rooney sorang je penyebab Man U boleh menang. Tapi, semangat nak menang dari teammate lagi banyak. West Ham main kat home,stadium keramat diorang. Tapi,sekali lagi aku nak cakap, mentaliti mengatasi keramat. Ramai player Man U yang mempunyai karakter pemimpin, dan mampu ubah game jadi lebih agresif, dan menang game tu. Rooney,walaupun muda, tapi rajin dan semangat tinggi. Valencia, yang baru je balik dari injured, salah satu pemberi semangat yang baik. Dia keluar Wigan, Wigan terserlah kefloppannye. Giggs, kuda tua yang kuat, memang boleh jadi leader. Evra dan Vidic, defend kental yang susah opponent nak lepas. Lagi satu, taktik mentaliti kemenangan, yang mana Evra dikeluarkan masa minit ke-45,untuk ganti dengan Hernandez. Seorang defender ditukarkan dengan striker? Berani mati tu. Demi untuk menang, tak kisah mengambil risiko. Hasilnya? Menang la.

Arsenal main kat home, walaupun banyak percubaan dan serangan, tapi tak cukup mentaliti, tak boleh menang. Ramai fan kecewa sebab tak boleh menang, even kat home, dengan orang ramai target Arsenal boleh menang 3-0. Arsenal perlukan seorang player yang boleh conduct sambil menjadi leader. Fabregas boleh jadi kapten, tapi dia tiada watak kepimpinan, bak kata teammate dia di Arsenal, Denilson. Yup,memang betul. Seorang kapten bukan bertanggungjawab maki-maki atas padang je, tapi kena bagi semangat kat teammate lain dalam bilik persalinan jugak. Tak salah ada ramai player muda, semua lambat penat, tapi mentaliti tu penting. Dengan keadaan player Arsenal resah dan gelisah pasal Almunia, keeper ter'hebat' diorang, siapa yang boleh main dengan tenang? Rooney je. Keeper semalam Kuszcak pun, Rooney memotivasikan diri dia. Arsenal dah kehilangan tiga peluang untuk menang trofi, maybe tu salah satu punca mentaliti kemenangan diorang dah lari pergi kat Old Trafford, or tertinggal masa lawan Man U kat Piala FA hari tu.





So,psikologi memainkan peranan penting kalau nak menang. Kalau team aku, keeper Casillas or Van der Sar, striker Villa or Messi, aku yang bangang ni main centre midfield pun rasa selamat, sebab ada player hebat. Psikologi tu.

Aku tak minat Man U,dan aku tak suka Man U. Tapi aku kagum dengan semangat diorang.

p/s : Johor FC dah leading dengan Perlis 2-0,main kat Perlis lak tu. Tapi,still kena 2-2. Haih,takde mentaliti kemenangan langsung...

Friday, January 21, 2011

Dunia Itu Bulat (Seperti mana juga bola)

Hey~!Hey~!Hey~!

Hari ini hari Jumaat. Hari ini hari mulia. Hari ini hari pembukaan MEFEK. Hari ini PES tournament bermula.


Champion akan dapat piala ni. Serius!


Esok hari, hari Sabtu. Hari Sabtu hari bahagia. Hari SAbtu Liverpool lawan Wolves. Hari Sabtu yang the Kop akan meragut tiga mata.

Kenapa aku kata meragut? Bukannya mengutip, mengambil, membelai, mencuri mahupun merogol?

Sebab meragut tu sesuai untuk menang dengan keadaan pantas dan berkesan. 2-3 try, satu gol, defend kemas. Habis.

Kalau mengutip, maknanya team opponent main macam amatur lawan world class level dalam PES. Bukan sebab dia kuat sangat, tapi opponent lemah sangat. Ambik 3 point macam kutip duit atas jalan ja.

Kalau mengambil-tu kena ada bantuan ref. Macam certain team syaitan merah buat selalu ke stadium keramat tua diorang.

Kalau membelai, yang ni bila team opponent main dengan berhemah dan lemah lembut kerana takut pada manager opponent. Seperti mana team blackurn rollovers buat bila bertandang ke old trialpod. Ouch.

Kalau mencuri, maknanya main macam haram. Defend taik, midfield macam tak penah main bola, striker macam import player tadika plus manager kerja duk control muka kat bench. Pastu menang sebab opponent own goal ke, atau satu gol misteri. Ha camtu lah.

Kalau merogol...er.....

Apapun, Uncle Dalglish dalam 2,3 match ni dah menunjukkan yang dia memang dapat kontrol situation kat Anfield. Tak macam Pakcik Roy-bodoh nak mapuh. Banyak press conference dia jawab meyakinkan, gameplay attacking Liverpool makin cantik (walaupun defend still level tadika) dan dia ada puji sistem akademi di samping suka terap darah muda dalam skuad.

Berikan ibu jari berganda anda pada Uncle Dalglish!


Makin hari makin mantap


Sementara itu,
.
.
.
.
.
.
.


Korang tunggu gambar Elly Tran Ha ke? Ok.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Elly Tran Ha- message sent to Iskandar,

"Cảm ơn
Chúa, cho sự tha thứ nhất và duyên dáng của ông rằng Ngài soi sáng cho tôi từ bóng tối và vô luân. Bây giờ tôi một người Hồi giáo, tôi tìm kiếm thần và sau khi sinh cứu chuộc."
May Allah ban phước lành cho các bạn


Translation:"Thank God, for His most gracious and forgiveness that He enlightens me from darkness and immorality. Now I am a Muslim, I seek divinity and after-life redemption. May Allah bless you all."