Monday, March 21, 2011

Komplot yang berlaku di dalam Chelsea!

Game berlangsung dengan sengit. Sangat sengit. Tapi,yang hebat tetap menang.



Dua-dua gol Chelsea, player Brazil yang sumbat. Sejak azali lagi,aku dah dapat hidu yang Chelsea memang ada komplot, start Scolari pegang jawatan jadi manager Chelsea lagi.

Ramires : Bile aku cakap buat gol, baru ko golkan,paham?!
Luiz : Baik abang Black....

David Luiz yang berambut ala-ala tak nak sikat, dan Ramires yang diragui status kerakyatan Brazilnya, sama ada Ramires tu dari Afrika ataupun memang South American punye orang, kena tanya atok dia, dua-dua mamat ni buat gol malam tadi. Masalahnya, bila suruh buat gol, dua-dua tak nak buat. Tapi, bila dah gol, dua-dua nak buat gol sama2. Perkara ni telah menguatkan lagi desas-desus yang dalam kem Chelsea, memang ada komplot!


"sebok je,orang nak pelok,die pon nak pelok!!"

Luiz Felipe Scolari memegang jawatan sebagai pengurus Chelsea pada 1 Julai 2008. Lepas je dia pegang Chelsea, terus down. Player macam berjoging atas padang. Drogba takde semangat nak main, rindu nenek katanya. Dan Scolari bawak masuk Deco, player bukan Brazil, tapi Portugal. TAPI, asal Deco adalah dari Brazil. Dekat Brazil, Deco tak boleh main, atau senang kata tak dapat main langsung, disebabkan badannya yang kecik. Dia tukar kerakyatan ke Portugal semata-mata sebab nak main bola. BRAZIL lagi! Ok,sambung balik pasal Scolari. Bila Scolari pegang Chelsea, terus jatuh, dan jatuh. Kalah pada Arsenal (tu je yang aku ingat, pasal aku tengok game tu), player Arsenal macam main dengan kelab ragbi. Player Chelsea tak tau nak sepak bola, hatta passing bola sekalipun,kecuali sorang iaitu Petr Cech. Kalau tak sebab dia, memang banyak gol la masa tu. Arsenal menang 2-1, tu pun sebab defend Arsenal buat silap, gol Chelsea dapat masa corner. Pada 9 Februari 2009, Scolari kena pecat. Kalau korang nak tau, Scolari pernah pegang Brazil dan jadi juara masa Piala Dunia tahun 2002. BRAZIL lagi!





Malam semalam, 2 player Brazil dilaporkan mengamuk dan buat gol terus masa lawan Manchester Siti. DAMN,BRAZIL lagi!

Perhatikan ye, jersi Luiz di Brazil, no 4. Dekat Chelsea pun nak no 4 jugak?? Ape citer?





Ok, bukan tu je. Tengok Ramires pulak.


"heh,gua star beb"

Dekat Brazil no 7. Masuk Chelsea pun dapat no 7?? Iaitu no yang layak dipakai oleh seorang star, betul tak? Tapi, Ramires masuk je, terus dapat. Ni ape citer ni??

Jadi, kesimpulannya, memang ada komplot di dalam kem Chelsea yang berkaitan dengan BRAZIL. Perkara ni perlu dipandang secara serius,SANGAT SERIUS!

p/s : Aku bukan fan Chelsea, hatta Manchester Siti sekalipun

No comments: