Tuesday, March 1, 2011

Blue or Red?

Selamat Hari Rabu kepada fan bola. Disebabkan Enche' Pengetua blog ini masih lagi sedang berkabung dan bersedih di atas pemergian Carling Cup, anda akan bersama Enche' HBO lagi (promote diri sendiri) untuk review game EPL dari Kem Berkecuali ye adik2.

Pagi ni, insyaAllah kalau takde ribut salji lagi la ye, akan berlangsung 1 game yang boring, kerana dua2 team ni x ART bila main bola, iaitu Chelsea di Stadium Stamford Bridge yang dah tak berapa kebal sangat, menunggu ketibaan Manchester United menaiki bas ekspres Mercedez nya.




MANAGER

1st of all, macam biasa la kan, cerita pasal manager sket. Takde manager, tak hidup la team tu. Bagi la 1st eleven tu semua star skali pun, tapi kalau manager macam haram, player pun macam haram. Man u dah faymes dengan Sir 'Atok' Ferguson, dan Chelsea lak, King 'Mafia' Carlo. Muka memang macam Mafia dalam game GTA.

Ok,Sir 'Atok' Ferguson memang dah lama dengan Man U, masuk tahun ni,dah nak dekat 25 tahun dia menjadi manager Man U. So, dia dah masak dah dengan perangai budak2 Man U ni. Setakat gaduh2 dengan Nistelrooy, Keane, Beckham tu, takde hal lah. Dia lagi berkuasa. Jadi, dipendekkan cerita, even Man U tertinggal 3-0 sekali pun, mentaliti diorang still kuat. Dengan player2 yang memang mentaliti kemenangan yang kuat, game malam ni maybe diorang boleh menang.

eh,Atok Ferguson pernah muda rupanya..

Masalah King 'Mafia' Carlo ni? Dia baru je pegang jawatan ni pada tahun 2009. So, baru season ke-2 la ni. Tu la masalahnya dengan Chelsea. Manager baru nak manja2 dengan player, baru nak 'masuk' dengan player, dah kena pecat. Last manager bagus yang diorang pernah ada, Mourinho sorang la pada pendapat aku. Tapi, bak kata manager team terbaik dunia iaitu K.Rajagobal,"saya memerlukan sekurang2nya 4 tahun,untuk membentuk skuad yang mantap". Tengok la sekarang, skuad Malaysia sekarang boleh dikatakan mantap, dengan taktik permainan yang offensive. Tak macam dulu, long ball je memanjang,tu pun bola semua ke luar stadium. So, King Carlo susah nak pujuk player2. Macam Drogba, Lampard dan Terry yang memang menjadi tunjang Chelsea selama ni. Dalam news, maybe ketiga2 player ni akan panaskan bangku simpanan je malam ni, sejak Torres dan Luiz datang kat Chelsea.


King 'Mafia' Carlo

STRIKER

Striker Chelsea malam ni kemungkinan besar adalah Nicholas Anelka, player France mendapat nama Le Sulk disebabkan kuat merajuk. Bekas player Arsenal, masalah yang sama,iaitu disiplin. Tapi, di Chelsea nampaknya dia boleh hidup. Last game dengan Torres masa lawan FC Kobenhaven, Anelka nampaknya faham bahasa Sepanyol yang Torres cakap. Kelebihan Anelka, badan dia kuat, dan shoot memang laju, tu pun kalau dia dalam keadaan tak merajuk la. Torres yang dibazirkan sebanyak 50 juta, kata Wenger la, mesti perform malam ni untuk membuktikan nilai yang dah ditampal kat dahi dia. Seorang betrayer bagi aku. So, tak nak cakap banyak pasal mamat ni. Drogba maybe tak main, sebab King Mafia taknak bazirkan duit kelab, terpaksa bagi Torres main, nantiAbramovich pecat dia lak.


Nicolas 'Le Sulk' Anelka


"Noo,tak main lagi malam ni" Drog-Ba


Fernando Be-Torres-yer

Wayne 'Shrek' Rooney, player yang aku minat disebabkan kerajinan dan semangat dia, mesti main malam ni. Tapi, siapa partner dia? Berbatov? or Chicarito? Berba maybe direhatkan masa lawan Wigan hari tu,atau pun memang Ferguson nak bagi peluang kat Chicarito. Resultnya, Chicarito buat 2 gol untuk Man U. Pada pendapat peribadi aku yang tak berapa nak profesional ni, Chicarito lebih bagus dari Berba, sebab dia muda, lebih kecik dan laju, dan dia selalu pandai cari ruang untuk buat gol. Berba ni pulak, ada masa dia ada mood nak buat gol. Kalau hari tu, dia makan roti dengan telur separuh masak, tapi telur tu tak betul2 separuh, maybe 3/4 or 1/4 masak, dia takde mood nak main bola.

Wayne 'Shrek' Rooney


Javier 'Chicarito' Hernandez


Bebal-Tov


MIDFIELDER

Chelsea ramai midfielder yang boleh pakai, kaki sepak nak laju je, pastu pandai buat gol. Nama2 faymes, Lampard semestinya, Essien dan Malouda. Tapi, kebarangkalian untuk Lampard main malam ni,adalah rendah sebab Ramires sekarang ni selalu main untuk 1st 11. Fan Chelsea maybe berharap untuk Lampard main, kita doa je la ye. Malouda dah jarang bergelek macam season lepas, dan gol pun dah kurang. Essien boleh pakai kadang2, sebab mamat ni seorang long ranger (try shoot dari luar kotak penalti) yang bagus. Mikel lak, stopper yang kebal. Tapi ada masa, dia bebal. Chelsea takde ramai sangat midfielder yang boleh ganti mamat kat atas ni, kecuali Israel laknatullah Benayoun.


Lampard


Essien yang liar!


Florent 'France' Malouda

Untuk Man U,memang ramai yang boleh pakai. Dengan player veteran tapi tak mengenal usia iaitu Giggs dan Scholes, maybe Man U boleh berharap pada diorang malam ni. Tapi, Man U tak perlu risau dengan midfielder veteran diorang, sebab if Giggs dengan Scholes sakit pinggang ke, ataupun tiba2 lupa macamane nak shoot bola macam masa muda2 dulu, ramai lagi midfielder yang berbakat boleh gantikan diorang. Anderson, Carrick dan Fletcher, semua boleh pakai. Ok, hari tu dah cerita pasal Nani, masa Man U lawan Man City, tanak cerita lagi dah. Sorang lagi midfielder Man U yang dibanggakan seluruh umat Asia, iaitu Park Ji Sung. Biasanya, bila Park dapat peluang untuk main 1st 11 lawan dengan team besar, dia sememangnya boleh diharapkan untuk buat gol, dan assist gol untuk teammate. Seorang yang bersemangat waja, dan selalu tengok drama jiwang Korea sebelum apa2 game besar untuk mendapatkan semangat Koreanya. Skill Park biasa je, takde pusing2 kaki, takde sepak2 dari angle susah, hatta bicycle kick skali pun. Tapi, dia memang bagus la senang kata.


Pakcik Veteran Giggs


Park Ji Sung


Carrick


DEFENDER

Chelsea memang jarang kena gol banyak2. Tapi, tak tau kenapa masa lawan Arsenal, boleh kena 3-0. Tapi, kita kena buang yang keruh, amek yang jernih. Dengan player baru Chelsea, David Luiz, dan kekerasan Terry (yang maybe main malam ni), susah la Rooney nak buat bicycle kick kan? Ashley Cole, lebih kurang macam Evra. Kaki kiri yang kuat, dan cross memang cantek. Tapi, dia ada masalah baru2 ni, sebab dia tertembak seorang student LI dekat tempat training Chelsea dengan sehelai rifle. Tapi,King Carlo kata,dia still akan main malam ni.


Terry baca doa??


David 'Kembang' Luiz


"Aih,camne leh tertembak orang nih" Cole

Korang mesti tak pernah dengar, kalau Man U leading 4-0, tiba2 je boleh jadi 4-4 sama,kan?? Kalau leading 1-0 sekali pun, Man U memang boleh defend sampai habis game. So, membuktikan betapa bagusnya defend diorang. Man U dalam posisi yang bagus untuk menang EPL tahun ni. So, defend Man U memang kena mengentalkan badan dan kepala diorang. Dengan Vidic yang memang kental, even pernah dimalukan Torres masa Liverpool lawan dengan Man U. Tapi, tu semua sejarah. Takde hal la Torres tu. Evra dan Rafael senang kata la kan, malas nak cakap panjang2, diorang bagus dari segi defend dan juga attack. Evra dan Rafael takde masalah untuk dribbling, bawak bola pergi atas, memudahkan kerja player2 untuk attack.

Manja2 Vidic


Rafael da Silva


Patrice Evra

GOALKEEPER

Sekarang ni, 1st goalkeeper yang dalam posisi nak dapat Golden Glove, iaitu clean sheet dalam game dekat EPL ialah Cech dengan 12 game. Dan Van der Sar 11 game. Beza 1 game je pun. Maybe malam ni Van der Sar boleh dapatkan lagi 1 game tu. Van der Sar yang bakal bersara next season, still kuat hasil Kopi Janda yang diminum tiap2 pagi. Dah pernah cerita pasal dia, tanak la cerita lagi. Petr Cech mempunyai banyak rekod bagus sebagai goalkeeper, tak kisah la untuk Chelsea atau pun Republik Czech. Tapi, tu pun disebabkan defend yang agak bagus. Sanggup menggadaikan kepala supaya tak gol, kepala Cech kena sepak dengan sorang player Reading, iaitu Hunt dalam game tersebut. Yang kelakarnya masa game tu, Cech digantikan oleh Cudicini, dan pastu Cudicini pun pengsan sebab kena sepak gak dan last2 Terry terpaksa jadi keeper masa last2 minit.


"Dia la yang sepak aku!!" Petr Cech


"Terima kasih Kopi Janda" Edwin Van der Sar


p/s : Tesis tak siap lagi, buat benda lain je keje =.='

2 comments:

a r e s said...

silap tareikh da... salase baru. bkn rabu.

man u player to watch-smalling
chelsea player to watch- david luiz

HBO said...

eh,ha'a la. 3 mac,ahahaha.