Sunday, January 23, 2011

EPL : Keputusan Perlawanan Tumpuan



Arsenal 3-0 Wigan Athletic
  • van Persie 22’, 58’, 85’


    van Persie telah mendapat mesej dari The Professor iaitu Arsene Wenger semasa dia berada di atas padang :

    Wenger : weh, Si Bebal Berbatov dah buat hatrik doe. Camne ni?
    v.Persie : Hah? Si bebal tu boleh buat hatrik? Takleh jadi nih.
    Wenger : Okeh2,nanti aku btau yang lain2,takyah buat gol. Biar ko sorang je yang sumbat gol.
    v.Persie : Orite. Jgn risau Prof. Aku pakai but baru hari ni,beli kat Al-Ikhsan. Confirm hatrik. Roger n out.

    Akibat perasaan hasad dengki van Persie terhadap Si Bebal Berbatov, dia telah menggunakan but kuning Adidas yang baru dibeli untuk buat hatrik jugak. Player2 lain ditugaskan oleh Wenger untuk lorong bola kat van Persie je.

    Arsenal faymes dengan permainan cantik yang selalu dipamerkan. Tetapi, hasilnya tidak seperti era Henry, Viera ataupun Pires dimana purata gol adalah 4 gol dalam 1 perlawanan. Dengan gelekan Mat Bunga Nasri , dan sharp pass Fabreze Fabregas, van Persie cuma tunggu depan gol untuk rembat bola masuk. Player yang dibawa dari Maghribi iaitu Chamakh tak boleh pakai sangat. Andrei 'Meerkat' Arshavin main ikut mood. Kalau hari tu dia pegi toilet dan semuanyan berjalan lancar, dia boleh gelek dengan lancar dan begitulah sebaliknya.

    Honestly, Arsenal boleh buat gol dengan efisien. Tetapi,dengan keadaan defender dan golkeeper yang boleh menyebabkan Wenger sepak botol tepi padang, keadaan seri atau kalah adalah tidak mustahil walaupun Arsenal leading dengan 5 gol sekalipun.

    1 comment:

    say- O said...

    aku masih berharap arsenal menang liga.